Seramai 24 pelayan komuni tak lazim dilantik untuk Misa Bahasa Melayu pada 19 Sep di Katedral Hati Kudus
Oleh Johnny Chong
Sep 23 2021
KOTA KINABALU – Seramai 24 orang umat telah menerima surat lantikan sebagai ‘pelayan komuni kudus tak lazim’ bagi Misa dalam Bahasa Melayu setiap hari Ahad di Katedral Hati Kudus untuk tempoh dua tahun. Tiga daripadanya adalah umat baharu menerima lantikan pertama manakala selebihnya adalah pelayan yang sudah lama melayani.
Pengutusan telah diadakan semasa Misa Kudus jam 12.00 tengahari pada 19 Sep lalu. Misa dan pengutusan telah dipimpin oleh Fr Russell Lawrine. Lektor dan Komentator dalam Misa tersebut juga dikendalikan oleh pelayan komuni sendiri.
Fr Russell mengingatkan kepada semua pelayan bahawa pelayanan mereka merupakan satu tanggungjawab dan bukan satu kemewahan, datang untuk melayani dan bukan dilayani.