Para penerima Sakramen bergambar kenangan bersama Fr Jalius dan Sr Olga James
Oleh Marcus Kopong
May 9 2022
KOTA MARUDU – Setelah sekian lama upacara pembaptisan ditangguhkan akibat wabak virus Covid-19 yang menular seluruh dunia. Tapi dengan izin dan belas kasihan Tuhan akhirnya penantian yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini berakhir pada tanggal bersamaan dengan malam Paska.
Para ibu bapa dan kanak-kanak yang terlibat menyatakan rasa penuh kesyukuran atas peristiwa yang amat bermakna ini, kerana mereka kini telah menerima Kristus dalam hidup mereka.
Upacara pembaptisan tersebut telah disempurnakan oleh Paderi Paroki Fr Jalius J Sading. Selain itu, seramai 10 orang lagi yang turut menerima Sakramen Kudus semasa perayaan Ekaristi.
Dalam homilinya, Fr Jalius telah mencabar para penerima sakramen itu untuk menjaga iman mereka dan hidup sesuai dengan kehendak Tuhan. Beliau turut memberi galakan kepada mereka untuk melibatkan diri dalam pelayanan di gereja.
Selesai perayaan Ekaristi dirayakan para penerima sakramen merakamkan gambar kenangan bersama Fr Jalius dan Sr Olga James selaku penasihat Komiti Kateketikal Paroki St Theresa Kota Marudu.