Notis yang menunjukkan pembatalan pertunjukan dilihat di luar teater Komedi Xiaoguo di Shanghai pada 17 Mei 2023. (Foto: AFP)
By AFP, Beijing
May 29 2023
Hukuman China ke atas sebuah studio komedi baru-baru ini telah mendiamkan golongan artis dan penggemar budaya negara itu — peringatan yang menarik tentang ruang awam yang semakin terhad untuk ekspresi artistik di bawah Presiden Xi Jinping.
Pihak berkuasa minggu lalu mendenda Xiaoguo Culture Media berjuta-juta dolar dan menggantung permit studio mereka selama-lamanya selepas sebuah komik membuat jenaka menyinggung mengenai Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
Pelawak Li Haoshi merujuk slogan PLA yang terkenal apabila bergurau tentang melihat anjingnya mengejar tupai — yang kemudiannya disifatkan oleh pegawai PLA telah “menimbulkan kesan sosial yang buruk” dan melanggar undang-undang.
Persembahan seni China sentiasa ditapis dengan ketat oleh Parti Komunis yang memerintah, dan di bawah pemerintahan Xi selama sedekad, pihak berkuasa telah mengetatkan pengawasan itu.
Tetapi tindakan hukuman yang dikenakan kepada Xiaoguo memperlihatkan “kecenderungan yang menyedihkan, ‘penurunan’ dalam toleransi umum China untuk ucapan yang tidak ortodoks”, kata Vivienne Shue dari Universiti Oxford kepada AFP.
Pada masa lalu, “adalah biasa untuk membiarkan pelanggar awam seperti itu dengan hanya amaran yang keras”, katanya.
Sebaliknya, pihak berkuasa mendenda syarikat itu 14.7 juta yuan ($2.13 juta) dan membuka siasatan terhadap Li.
‘Takutkan monyet’
Penalti itu “jelas dikeluarkan selaras dengan pepatah Cina lama ‘membunuh ayam untuk menakutkan monyet'”, kata Steve Tsang, pengarah SOAS China Institute.
“Kebanyakan pengiat budaya dan pelawak berkemungkinan bertindak sejajar kesan pencegahan,” tambahnya.
Beberapa hari selepas pengumuman itu, menyaksikan siri-siri pembatalan saat-saat akhir persembahan muzik dan komedi di seluruh negara.
Dalam sesetengah kes “force majeure” dipersalahkan, tetapi yang lain tidak memberikan alasan dan tidak menyatakan sama ada persembahan itu akan diadakan pada masa hadapan.
Pemuzik Jepun Kanho Yakushiji, yang persembahan kumpulan paduan suara Buddha di Hangzhou, Shanghai dan Beijing dibatalkan, berkata di Instagram dia tidak memahami pembatalan itu.
Seorang kakitangan di sebuah tempat di bandar selatan Shantou berkata pertunjukan rock telah ditangguhkan sementara “permohonan baharu dibuat untuk kelulusan (rasmi)” tetapi mereka tidak tahu sebab sebenar mengapa.
Beberapa penghibur yang dihubungi AFP tidak akan mengulas mengenai keadaan semasa, bimbang ia akan memburukkan lagi keadan.
Pelawak mungkin amat berisiko kerana ia adalah bentuk komedi yang agak baharu di China dan “sukar untuk mengetahui sempadan yang sesuai”, kata Xiaoning Lu dari SOAS kepada AFP.
Ia juga dilihat oleh sesetengah nasionalis sebagai budaya import dari Barat yang menjejaskan “keyakinan budaya” Cina, katanya.– UCA News