Jamuan perpisahan untuk Sr Oi Lin, IJ (berbaju kuning) pada 1 Julai di KSFX
Oleh KOMSOS KSFX
Julai 11 2020
KENINGAU – Keuskupan Keningau mengucapkan terima kasih kepada Sister Oi Lin, daripada Kongregasi Infant Jesus (IJ). Sr Oi Lin kembali kepada komunitinya di Kuala Lumpur pada 2 Julai.
Sr Oi Lin telah melayani di Keuskupan Keningau selama 24 tahun sejak tahun 1996. Beliau terlibat secara langsung khususnya dalam memulakan pendidikan awal kanak-kanak Pra-sekolah (Madika) di beberapa buah kampung di Paroki KSFX dan Paroki Sook. Selain itu, Sr Oi Lin juga terlibat secara langsung dalam memulakan Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK).
Beliau telah banyak menyumbang kepada pembentukan kerohanian awal kanak-kanak dan melahirkan pembimbing bagi kanak-kanak di seluruh Keuskupan Keningau terutama sekali dalam LSKK.
Pada 1 Julai, Uskup Cornelius Piong, paderi KSFX bersama Staff KSFX dan pembimbing LSKK serta guru-guru Madika bersama-sama dalam jamuan perpisahan Sr Oi Lin yang diadakan di Kantin KSFX.