SATU kenangan gembira saya di Sarawak ialah duduk bersama orang di beranda rumah panjang sambil menantikan kelahiran seorang bayi.
Para wanita, seperti lebah yang sibuk, memastikan semuanya berjalan lancar, dan para lelaki berbual sambil menunggu tangisan pertama, untuk meyakinkan mereka bahawa semuanya berjalan lancar. Satu acara komuniti. Seperti di mana-mana tempat di dunia, bayi dilahirkan tanpa perlu risau tentang kehidupan, makanan atau minuman. Tangisan terkecil mereka menggerakkan orang untuk membantu. Ini adalah penjagaan Tuhan:
“Kerana itu Aku berkata kepadamu: Janganlah khuatir akan hidupmu, akan apa yang hendak kamu makan atau minum, dan janganlah khuatir pula akan tubuhmu, akan apa yang hendak kamu pakai. Bukankah hidup itu lebih penting dari pada makanan dan tubuh itu lebih penting dari pada pakaian? Pandanglah burung-burung di langit, yang tidak menabur dan tidak menuai dan tidak mengumpulkan bekal dalam lumbung, namun diberi makan oleh Bapamu yang di surga. Bukankah kamu jauh melebihi burung-burung itu? Siapakah di antara kamu yang kerana kekhuatirannya dapat menambahkan sehasta saja pada jalan hidupnya? Dan mengapa kamu khuatir akan pakaian? Perhatikanlah bunga bakung di ladang, yang tumbuh tanpa bekerja dan tanpa memintal, namun Aku berkata kepadamu: Salomo dalam segala kemegahannya pun tidak berpakaian seindah salah satu dari bunga itu. Jadi jika demikian Allah mendandani rumput di ladang, yang hari ini ada dan besok dibuang ke dalam api, tidakkah Ia akan terlebih lagi mendandani kamu, hai orang yang kurang percaya? Sebab itu janganlah kamu khuatir dan berkata: Apakah yang akan kami makan? Apakah yang akan kami minum? Apakah yang akan kami pakai? Semua itu dicari bangsa-bangsa yang tidak mengenal Allah. Akan tetapi Bapamu yang di sorga tahu, bahwa kamu memerlukan semuanya itu. Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu. Sebab itu janganlah kamu khuatir akan hari besok, kerana hari besok mempunyai kesusahannya sendiri. Kesusahan sehari cukuplah untuk sehari.” Matius 6:25-34.
Prinsip asas ajaran ini adalah apa yang dinyatakan oleh kitab suci kepada kita: “Kita milik Tuhan, Dia menjaga kita”.
Izinkan saya mengambil ini sebagai latar belakang perumpamaan keluarga yang hilang. Dua anak lelaki, dua jenis orang … Yang satu hidup dalam keselesaan rumah keluarga, yang satu lagi, bosan dengan kehidupan seharian di rumah, pergi menjelajah. Namun, kemurahan hati ayah yang luar biasa memenuhi keperluan kedua-duanya, “kerana semua yang menjadi milik aku adalah milik kamu”, katanya. Dia malah membayar perbelanjaan anak yang lebih muda.
Ada saat-saat dalam kehidupan ketika, mungkin ketika menantikan “penghakiman terakhir apabila Tuhan akan memberikan keputusan terakhirNya”, kita mulai menilai diri kita sendiri. Mereka yang seperti anak yang lebih muda, mula menyedari bagaimana mereka telah mensia-siakan kasih sayang ayah mereka di luar perlindungan “rumah” – kerajaan, gereja, surga – oleh itu, mereka mulai merindukan “pulang ke rumah”.
Anak yang seorang lagi, melihat kasih ayah kepada adiknya, pada masa itu menyedari, bahawa dia kehilangan pelukan ayah kerana hidupnya berpusat pada kepatuhan dan kerja keras. Akhirnya, kedua-duanya memahami ajaran Yesus tentang apa yang Allah pelihara; iaitu, “apa yang mati telah hidup kembali, dan apa yang hilang sudah ditemukan” Matius 15: 31-32
Semua orang dijemput kepada pelukan Bapa, Putera dan Roh Kudus, yang dilukis dengan indah oleh Rembrandt. Adakah saya merindui pelukan ini? Adakah saya secara jelas menjadikan pelukan ini sebagai sebahagian hubungan saya dengan Tuhan? Ingat, doa bukanlah semata-mata diungkapkan dengan kata-kata indah, bacaan, novena atau pemikiran teologi, tetapi oleh keinginan dari hati. “Sesungguhnya jika kamu tidak bertobat dan menjadi seperti anak kecil ini, kamu tidak akan masuk ke dalam Kerajaan Surga.” Matius 18: 3. Hanya doa seperti anak kecil yang membebaskan kita dari kebimbangan dan kegelisahan tentang kehidupan dan hari esok.
Saya akan akhiri kisah ini dengan cerita semasa saya masih kecil. Apabila saya melakukan sesuatu yang buruk, saya akan duduk melihat ke luar tingkap untuk melihat bila ayah akan pulang, jadi saya tergesa-gesa untuk memberitahunya sebelum ibu saya dapat melaporkan saya. Ayah selalu senang memeluk saya dan dengan itu, saya tidak akan mendapat hukuman yang sepatutnya.
Soalan-soalan:
- Dengan anak lelaki mana yang saya dapat kaitkan dengan diri saya?
- Bagaimanakah “jagaan rumah” mencabar diri saya?
______________________
Fr Guido Gockel MHM
Seorang ahli St Joseph’s Missionary Society of Mill Hill, berpusat di London, Father Guido ditahbis menjadi paderi pada tahun 1969. Sejurus selepas pentahbisannya, dia diutus ke Malaysia (Sarawak) di mana dia melayani sebagai misionaris selama 18 tahun.
Sewaktu bercuti di Sabah, dia diperkenalkan kepada sekumpulan anak muda yang terlibat dengan Pergerakan Karismatik (CCR). Pengalaman ini membantunya menjadi instrumental dalam memperkenalkan CCR di Miri, Sarawak, di mana dia diberi misi di stasi luar.
Setelah tujuh tahun tempoh misionarisnya yang pertama pada awal tahun 70-an, dia kembali ke Malaysia untuk tiga lagi misi dan banyak lawatan jangka pendek. Dia tahu berbahasa ‘Melayu pasar’ dan lain-lain Bahasa negeri Sarawak.
Catholic Sabah berpeluang mendekati Fr Guido, yang sangat bermurah hati memberi masanya untuk menulis selama satu tahun di bawah kolum bertajuk “I’m On My Way”, sejak pelancaran portal online Catholic Sabah pada tahun 2020.
Berbekal sedikit galakan, Fr Guido bersetuju untuk terus menulis, dan Catholic Sabah membuat keputusan untuk memuat naik penulisannya sekali sebulan, dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Fr Guido terbuka untuk sebarang soalan untuk perbincangan dan penjelasan lanjut. Dia boleh dihubungi melalui emel frguidomhm@gmail.com.