Ahli legio Inanam Kuria
Oleh Patrick Benjamin
Jul 10 2023
PEGAWAI Inanam Kuria telah membuat lawatan ke Presidium Our Lady Of Fatima Bundu Tuhan pada 24 June 2023 salah satu aktiviti tahunan dalam takwim Inanam Kuria.
Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengukuhkan tali kekeluargaan dalam Legio di samping mempertingkatkan pelayanan dalam kerasulan seperti melawat orang sakit, warga tua dan yang uzur termasuk keluarga yang bermasalah, merekrut ahli baru dan menyertai aktiviti-aktiviti paroki.
Presiden Inanam Kuria menyarahkan para ahli legio untuk mendoakan antara sesama dan sentiasa meneladani sikap Bonda Maria yang setia dan taat menuruti Sabda Tuhan.
Dalam lawatan itu pelantikan pegawai baharu untuk menggantikan pegawai terdahulu yang telah menamatkan perkhidmatan selama dua penggal telah dilaksanakan.
Pelantikan ini juga memberi peluang kepada ahli baru dalam memimpin pelayanan Legio Lawatan di akhiri dengan makan bersama-sama dengan Fr Tony Mojiwat.