Kanak-kanak lelaki China berjalan di ruang tengah perarakan ketika Misa Kudus di sebuah Gereja Katolik kampung berdekatan bandar Beijing pada hari Sabtu Suci pada 3 April. (Photo: Jade Gao/AFP)
Mac 23 2023
WENZHOU, China – Pihak berkuasa China telah meminta ibubapa kepada kanak-kanak di sekolah tabika untuk menandatangani surat akaun untuk tidak mengakui kepercayaan agama, satu arahan yang bercanggah dengan kebebasan agama seperti yang termaktub dalam konstitusi komunis kebangsaan, kata sebuah badan aktivis hak asasi.
Kelas-kelas tabika di daerah Longwan,bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang timur China telah mengeluarkan arahan kepada para penjaga kanak-kanak untuk menandatangani “Borang Akujanji komitmen bagi keluarga untuk tidak mengikuti sebarang kepercayaan agama,” China Aid melaporkan pada 20 Mac.
Seorang guru tabika di Wenzhou yang enggan disiarkan nama menyatakan bahawa mandat itu adalah sebuah kejutan kerana larangan keagamaan hanya dikenakan kepada sekolah tabika dan bukan kepada ibubapa atau kanak-kanak.
Di masa lampau, pentadbir atasan Jabatan Pendidikan telah mewajibkan supaya tabika tidak bersifat tahyul dan tidak dibenarkan terlibat dalam organisasi kultus. Namun tidak secara langsung melarang keluarga kanak-kanak untuk tidak terlibat dalam aktiviti agama atau meyakini sebuah agama,’ kata guru tersebut. Menurut syarat-syarat akujanji tersebut, ibubapa tidak dibenarkan menganuti sebarang kepercayaan agama, turut serta dalam apa-apa aktiviti agama dan juga tidak mengkhabarkan atau menyebarkan agama di mana-mana lokasi. Akujanji tersebut juga menyatakan yang ibubapa harus mengikuti dengan taat disiplin-disiplin parti Komunis dan juga undang-undang dan peraturan negara, tidak akan menyertai Falun Gong atau organisasi yang serupa.
Falun Gong adalah pergerakan agama yang dimulakan oleh Li Hongzhi di China sekitar awal tahun 1990an. Ia adalah kombinasi meditasi dan Latihan Gerakan Badan dan dalam masa yang sama menekankan aspek moral dan mempertingatkan nilai-nilai yang baik. Ia juga menyandarkan identitinya pada cara fahaman Budhisme. Kerajaan China menyenaraikan Falun Gong sebagai ‘kultus iblis’ pada 1999. Sejak dari pengharaman itu, kumpulan tersebut ditekan dengan keras oleh pihak berkuasa dan dikhabarkan ada antara anggotanya yang menjadi mangsa pemerdagangan organ yang ditaja oleh pihak berkuasa.
Di Wenzhou, dimana jumlah penduduk Katolik adalah agak besar, pihak berkuasa telah mengeluarkan peraturan-peraturan larangan dan penganiayaan terhadap komuniti tersebut, media melaporkan. Di tahun 2018, jumlah penduduk Katolik di bandar Wenchou adalah sebanyak 150,000. Arahan untuk menandatangani borang akujanji tersebut dikeluarkan di daerah Xiaoshan bandar Zhejiang pada 15 Februari lalu, lapor China Aid.
Guru-guru tadika yang ditaja oleh kerajaan diarahkan untuk berteguh dalam prinsip dan peraturan Parti Komunis China, tidak menganuti sebarang agama dan juga tidak menyebarkan kepercayaan agama. Para guru juga diarahkan untuk menandatangani borang akujanji yang menyatakan mereka tidak akan menganuti apa-apa agama dan berjanji akan berusaha mengekang penyebaran kepercayaan agama, tambah media tersebut. – UCA News (Terjemahan oleh CS)