Uskup Agung Tarcisio Isao Kikuchi dari Tokyo dan setiasusaha Persekutuan Persidangan Uskup Asia (FABC), memimpin Misa pembukaan perhimpunan Sinod benua Asia di Pusat Latihan Pastoral Baan Phu Waan Keuskupan agung Bangkok pada 24 Feb. (SYNOD BANGKOK 2023)
Oleh CBCP News
Mar 2 2023
THAILAND – Perhimpunan Sinod Benua Asia bermula di Thailand pada hari Jumaat dengan cabaran kepada Gereja di rantau itu untuk menjadi ‘sumber harapan’ terutamanya dalam kemelut yang dihadapi oleh rakyat.
Uskup Agung Tarcisio Isao Kikuchi dari Tokyo dan setiausaha agung Persekutuan Persidangan Uskup Asia (FABC) berkata “Gereja harus berada di tengah-tengah melahirkan harapan… dan bukan keputusasaan dan kesedihan.”
“Kita harus menjadi sumber harapan kerana kita memiliki Injil kehidupan, Injil harapan dan kita adalah orang yang berjalan bersama dalam solidariti di jalan sinodaliti,” kata Uskup Agung Kikuchi.
Uskup Agung itu berucap dalam homilinya pada Misa pembukaan perhimpunan di Pusat Latihan Pastoral Baan Phu Waan Keuskupan Agung Bangkok.
Mesyuarat itu menghimpunkan wakil daripada 17 persidangan uskup dan dua Sinod Uskup, mewakili 29 negara FABC.
Para delegasi terdiri daripada enam cardinal, lima Uskup Agung, 18 Uskup, 28 paderi, empat Sisters dan 19 orang awam.
Uskup Pablo Virgilio David, Presiden Persidangan Uskup Katolik Filipina, dan beberapa ahli sinodal CBCP mewakili Filipina.
“Seperti yang kita fahami melalui pengembaraan kita bersama-sama di jalan sinodal ini, bukan satu kali berlalu untuk diraikan sahaja tetapi untuk menyedari perubahan sikap umat Tuhan, untuk menjadikan sinodaliti sebagai sifat asas gereja, kita tahu perjalanan ini akan diteruskan selepas mesyuarat sebenar,” kata Uskup Agung Kikuchi.
“Jadi memandangkan keadaan pandemik semakin baik dan aktiviti masyarakat telah disambung semula, sekarang kita mempunyai asas yang kukuh untuk meneruskan perjalanan kita bersama-sama,” tambahnya.
Turut hadir ialah Kardinal Mario Grech, Setiausaha Agung Sinod Uskup, dengan beberapa rakan usaha sama terdekatnya.
Peringkat Kontinential adalah langkah penting ke arah Sinod Oktober 2023 mengenai sinodaliti di Vatikan, dengan tema, “Untuk Gereja Sinodal: Perjamuan, Penyertaan dan Misi”.
Proses sinodal akan berakhir dengan sesi kedua di Roma, pada Oktober 2024.
Kardinal Grech menyifatkan peringkat sinod kontinential sebagai “saat selanjutnya untuk mendengar yang mana Gereja dipanggil: ‘mendengar bersama, di mana setiap orang mempunyai sesuatu untuk dipelajari,’” memetik ucapan Paus Fransiskus untuk ulang tahun ke-50 Sinod Uskup.
Kemudian dia mengulangi bahawa matlamat proses itu adalah untuk menjejaki “jalan Katolik ke arah sinodaliti.”
“Hasrat kami,” jelasnya “adalah untuk mengekalkan warisan Tradisi yang sentiasa mengekalkan sinodaliti, kolegial/kerjasama dan keutamaan sebagai elemen yang perlu dan tidak boleh dipisahkan dalam proses sinod, dibina di atas fungsi tersendiri Umat Tuhan, Persekutuan Uskup dan Uskup Roma.” – CBCP News