T.O.P, ahli kumpulan musik K-pop Big Band yang berumur 29 tahun, mengakui di mahkamah menjadi penagih ganja sebanyak 4 kali di rumahnya di Seoul. Korea Selatan menyaksikan peningkatan penagihan dadah dan penyalahgunaan alkohol beberapa tahun kebelakangan ini.(Photo: AFP)
March 7 2023
SEOUL, Korea Selatan – Para pakar Katolik dan kumpulan kempen anti dadah di Korea Selatan menyeru pimpinan Gereja untuk memperkenalkan tindakan pastoral bagi menanggani ketagihan dadah dan memperkasakan kumpulan-kumpulan sokongan berikutan peningkatan kes-kes mahkamah berkaitan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Statistik pendakwaan di mahkamah memperlihatkan negara itu memiliki 18,395 kes kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah pada 2022, peningkatan sebanyak 13.9 peratus dari tahun sebelumnya. Pada tahun 2018, kes kesalahan berkaitan dadah adalah sebanyak 12,613. Kes-kes tersebut juga memperlihatkan para pesalah sebahagian besarnya terdiri dari kalangan remaja dan juga belia berumur 20an. Sementara itu, data dari Kementerian Kesihatan dan Kebajikan memperlihatkan peningkatan kes ketagihan alkohol dari 1,505,390 pada 2018 meningkat kepada 1,526,841 pada 2020. Dari sumber yang sama, jumlah ketagihan judi pada 2020 adalah 2.2 juta.
Para pakar menyatakan bahwa peningkatan ketagihan tersebut adalah kesan langsung daripada ‘ketiadaan hubungan antara sesama’ dan juga sifat mengejar ‘hadiah/nikmat segera.’
“Carakerja otak berkaitan nikmat atau hadiah adalah sumber tenaga biasa yang memakan masa untuk mengejar kenikmatan yang sihat dan membuatkan anda gembira dan puas. Ketika bertembung dengan kesulitan, mereka akan terperangkap dalam ketagihan,” jelas Theodosius Ha Jong-eun, pengarah Yayasan Penyelidikan Ketagihan Korea, Hospital St. Mary. Hospital di ibukota Seoul tersebut di selengarakan oleh pihak gereja.
Dia menjelaskan bahwa kajian yang mereka telah jalankan menunjukkan keterasingan individu dan kehendak untuk nikmat segera, yang disebabkan oleh perubahan sosial menjadi faktor peningkatan penyalahgunaan dadah dan alkohol.
“Suasana sosial yang mengutamakan ‘keputusan segera’ dan ‘keberkesanan’ telah menggalakan pertumbuhan pada ketagihan,” tambahnya.
Menurut Yayasan tersebut, sifat ketagihan contohnya pada alkohol berulang dalam tempoh 3 bulan, namun para penagih tidak mendapat sokongan dari orang di sekitar mereka. Di samping itu, tahun lepas hanya 2.4 peratus penagih dadah mendapat rawatan melalui program perlindungan terapeutik, sebuah kaedah perawatan khusus bagi penyalahgunaan dadah. Kaedah tersebut merupakan alternatif lain jika pesalah tidak dihantar ke penjara bagi menjalani hukuman.
“Sebagai tambahan, sokongan dan hubungan antara sesama adalah penting dalam perawatan dan kesembuhan bagi ketagihan dadah, namun itu adalah sesuatu yang sukar bagi para penagih kerana sokongan dan hubungan ini terputus apabila mereka sudah jatuh dalam ketagihan,” jelas Ha.
Banyak keuskupan dan paroki di Korea Selatan telah melaksanakan kumpulan sokongan bantuan peribadi bagi berbagai aspek dalam isu ketagihan dan alkohol sejak ianya diperkenalkan oleh Fr Arthur G. Mac Mohan dari Columba, Ireland, beberapa puluh tahun yang lalu.
Kumpulan sokongan peribadi mengadakan pertemuan dan sesi kaunseling bagi para penagih dalam lingkungan gereja atau ditempat lain untuk membantu para penagih untuk pulih. Aktiviti kumpulan ini bagaimanapu terhenti ketika tempoh pandemik Covid-19 dan hanya disambung semula dalam skala yang lebih kecil. Pakar ketagihan, Fr Thomas Aquinas Hong Seong-min menyatakan seringkali orang merasa ragu-ragu untuk menganjurkan pertemuan sokongan ini, kerana itu gereja perlu memulakan alternatif yang lain. – UCA News