
Oleh Joseph Bingkasan
INANAM – Fr Sylvester Wong telah melaksanakan penyerahan Syahadat Para Rasul kepada Orang Kurang Upaya (OKU) di St Mary’s Chapel, Kionsom pada Ahad, 21 Apr lalu.
Upacara ini diadakan khas untuk Eddie Raymond, 49, yang duduk atas kerusi roda kerana kakinya telah dipotong setelah terlibat dalam satu kemalangan kenderaan beberapa tahun yang lalu.
“Upacara ini perlu dibuat bagi seseorang yang daripada dominasi Kristian lain dan yang telah dibaptis di gereja lain, terbuka hati untuk masuk Katolik,” kata Fr Sylvester.
Upacara baptis pula untuk mereka yang tiada agama masuk Katolik dengan terbuka hati menerima Kristus. Mereka di baptis dalam nama Bapa Putera dan Roh Kudus.
Pada masa yang sama, Fr Sylvester juga telah membaptiskan lima orang – ArleenYain Tampa, 89 tahun, pasangan suami isteri James Jayapal dan Angelina Jolly, Aaron Pius Dan Violet Duin.