Para belia mempersembahkan tarian tradisional semasa ulangtahun Fr David
Oleh Martilena Tsen
Jun 2 2023
KKIP – Rektor Paroki, Fr David Sham, berkata dia berharap agar Gereja Sinodal terus dihidupkan bersama di dalam gereja sesuai dengan tema Minggu Komunikasi Sedunia “Berbicara dari hati menurut kebenaran dalam kasih” (Efe 4:15).
Fr David menyatakan ini dalam ucapan ketika sambutan hari jadinya yang ke-71 di Rumah Rektor Gereja Divine Mercy, KKIP bersama para AJK KUK, Komiti, Kerasulan, KKD dan umat, pada 21 Mei lalu.
Dalam sambutan itu, acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan sempena Minggu Komunikasi Sedunia juga turut diadakan. Tiga pemenang menerima hadiah dalam pertandingan TikTok, manakala 20 pemenang menerima saguhati dalam pertandingan mewarna.
Suasana bermula meriah dengan persembahan paluan gong oleh kumpulan kanak-kanak juara paluan Togunggak Peringkat Kaamatan Paroki Telipok di St Anne Lawa Mondou pada minggu lalu. Kemudian diikuti dengan tarian tradisional dari para belia yang terdiri daripada Pelayan Altar yang memenangi tempat ketiga dalam acara pertandingan tarian tradisional sewaktu Kaamatan di paroki Inanam pada 14 Mei lalu.
Majlis terus menghiburkan Fr David dengan pelbagai persembahan, di antaranya nyanyian solo dan tarian berkumpulan. Majlis berakhir pada jam 9.30pm dengan doa penutup dari Father sendiri.
Fr David Sham memotong kek harijadinya