Salah satu permainan dalam program tersebut
Oleh Luzitah Augustine
Dis 19 2023
KOTA BELUD – Buat pertama kalinya Sub Komiti Kerasulan Kerahiman Ilahi di enam buah chapel Zon Timbang telah berkumpul untuk berkongsi kegembiraan, iman dan cinta kasih Yesus antara sesama.
Fellowship itu diadakan pada 25 Nov 2023 di Chapel St Hilary Timbang sebagai tuan rumah dan seramai 40 umat hadir dalam perjumpaan tersebut.
Fellowship itu banyak membantu dalam membentuk sahsiah para ahli yang hadir dengan aktiviti pertama adalah lagu pujian pembukaan dan diteruskan dengan aktiviti Ice Breaking untuk membentuk Kerjasama serta kepercayaan sesama Tim yang dikendalikan oleh Wildfred Boy ketua Belia Zon Timbang.
Acara kemuncak adalah Study Days tentang kehidupan St Faustina yang di sampaikan oleh Pengerusi Kerasulan Kerahiman Ilahi Paroki St Edmund, Alexander Jiran atau lebih dikenali sebagai Paulus.
Salah seorang daripada umat berkongsi tentang kerisauannya dalam melayani akan hal-hal tertentu namun dia menyatakan pelayanannya dalam Kerahiman Ilahi harus lebih tulus, ikhlas dan rendah hati.
Dalam study days tentang kehidupan St Faustina itu, Paulus berkata jangan takut dalam mengahadapi cabaran-cabaran dalam pelayanan menyebarkan Kerahiman Ilahi, kerana St Faustina juga lebih banyak menghadapi penderitaan malah dia mahu Yesus menambahkan lagi penderitaannya agar lebih mengasihi dan mengandalkan kehidupan kepada Yesus.
Acara berakhir dengan penuh berkat, Pengerusi berharap agar aktiviti sedemikian akan berterusan di masa hadapan.