Fr Ricardo González pada mesyuarat sinod
Oleh Joseph Tulloch
Mar 22 2023
Ketika Sinod Kontinental di Amerika Latin semakin hampir, kami bercakap dengan Fr Ricardo González, ahli jawatankuasa penggubal dokumen sintesis sinod.
Sejak 17-20 Mac, penganjur sinod telah bermesyuarat di Bogotá, Colombia, untuk merangka sintesis Peringkat sinod Kontinental di Amerika Latin dan Caribbean.
Dokumen ini akan digunakan pada Perhimpunan Agung Sinod Uskup di Roma, Oktober ini.
Wakil Berita Vatikan Fr Johan Pacheco berada di Bogotá untuk mesyuarat itu, dan bercakap dengan Fr Ricardo González, ahli jawatankuasa penggubal, tentang kerjanya.
Proses Penggubalan
Proses menyusun dokumen itu, jelas Fr González, telah dijalankan oleh sekumpulan dua belas individu, paderi dan orang awam, wanita dan lelaki”, yang dipilih oleh uskup Amerika Latin untuk “membantu dalam refleksi pastoral dan teologi”.
Dalam merangka dokumen itu, beliau berkata, mereka menggunakan bahan yang dihasilkan oleh perhimpunan wilayah sebelum ini, yang telah bertanya kepada umat beriman dari seluruh rantau tentang pengalaman dan pandangan mereka tentang gereja.
Sumbangan daripada kumpulan terpinggir orang asli Amazon dan Amerika Latin berketurunan Afrika turut ditambah ke dalam dokumen tersebut.
Semua bahan ini, kata Fr González, telah diperhalusikan dan dibincangkan, sebelum sintesis terakhir kemudiannya dihasilkan.
Proses penelitian dan penggubalan ini, tambahnya adalah “pengalaman yang sangat memperkaya hidup bersama sebagai saudara dan saudari, mendengar antara satu sama lain walaupun terdapat perbezaan dalam panggilan dan pelayanan kita, kita semua sebagai ahli ‘Gereja Umat’”.
Suara Umat Tuhan
Fr González menegaskan, lebih-lebih lagi, bahawa proses penggubalan dokumen itu bukanlah tentang menghasilkan bahan baharu, tetapi dengan tepat meringkaskan suara orang beriman yang telah dirujuk pada peringkat awal.
“Kami tidak akan mengatakan sesuatu yang belum didengari,” katanya. “Kami hanya akan membentuknya, mencuba untuk menjadi lebih setia kepada kebimbangan perhimpunan serantau ini.”
Atas sebab ini, katanya, dokumen akhir telah dipecahkan kepada pelbagai bahagian, masing-masing menumpukan kepada keutamaan berbeza yang muncul dari peringkat awal sinod.
Kuncinya di sini, kata Fr González, adalah untuk mengenal pasti “pemalar”, perkara-perkara yang sering muncul daripada yang dirujuk.
Matlamat akhir, tegasnya, adalah untuk mengasilkan dokumen di mana “semua orang melihat diri mereka tercermin.”
Sumber: Vatican News