Hendy Assan, Duta Besar Malaysia ke Vatikan yang baru (kanan) kelihatan bersama dengan Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan dan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat (kiri), dan juga Gloria Corina Peter Tiwet, (tengah) Duta Besar Malaysia ke Brazil yang baru. (Gambar: Borneo Post)
Feb 27, 2023
Duta Besar Malaysia ke Vatikan yang baru menyifatkan pemilihannya sebagai Duta ke Vatikan sebagai ‘unik’ dan berazam akan mengusahakan dialog antara iman dan juga kesejahteraan rakyat Malaysia di Vatikan.
“Ianya sesuatu yang agak unik dan kita tidak ada usahasama dalam perdagangan dan juga pelaburan. Apa yang kita akan usahakan adalah mempromosikan dialog antara iman dikalangan berbagai kepercayaan dari seluruh dunia,” kata Hendy Assan, yang merupakan suku Bidayuh yang ketiga terpilih bagi jawatan tersebut. Duta Besar yang pertama adalah John Tenewe Nuek yang telah pun bersara.
Bidayuh merupakan nama kolektif bagi beberapa suku yang ada di selatan Sarawak, Malaysia dan juga utara Kalimantan Barat, Indonesia di Kepulauan Borneo, yang memiliki kerbersamaan bahasa dan juga ciri kebudayaan. Assan juga menyuarakan harapannya untuk mempertingkatkan hubungan sosio-budaya dan juga pendidikan semasa tempoh jawatannya bagi mempereratkan hubungan antara Malaysia dan Vatikan, jelasnya dalam akhbar Borneo Post pada Feb 22.
“Kita akan berusaha untuk mengongsikan pengalaman kita sebagai negara Muslim yang progresif kerana mereka memandang hormat Malaysia dari sudut ini,” jelas beliau. “Dalam masa yang sama, kita juga akan berusha memperhatikan aspek kesejahteraan rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di Vatikan.”
Assan dan sembilan duta besar yang lain telah menerima Watikah Perlantikan dari yang Yang Dipetuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Feb 9 yang lalu.
Assan memulakan kerjayanya di Kementerian Hal Ehwal Luar sebagai Penolong Pengarah di Kesatuan Negara-negara Asia Tengara (ASEAN) pada tahun 1995. Dari tahun 2010 hingga 2014 dia berkhidmat sebagai Konsul General Malaysia di Sanghai, China dan juga kemudiannya tugasan diplomatik di beberapa negara seperti Tokyo, Jepun, Rom, Itali dan Senegal. Di peringkat kementerian, dia juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerja East Asia Division dan juga Setiausaha Kerja bagi Bahagian Pembangunan dan Kerjasama Antarabangsa. Sebelum menerima watikah perlantikan ke Vatikan, dia bertugas sebagai Duta Besar Malaysia di negara Uzbekistan, jawatan yang dipegangnya dari tahun 2018.
Assan berkahwin dengan seorang wanita warganegara Swiss and dikaruniakan dua orang anak perempuan yang kini berumur 17 dan 19 tahun. – UCA News