Bishop Joseph Shen Bin, yang baharu dilantik sebagai Uskup Shanghai (File Photo: UCA News)
By UCAN and Catholic News Service
Apr 5 2023
SHANGHAI – Dengan pelanggaran jelas pada perjanjian Vatikan dengan China mengenai pelantikan uskup, uskup Haimen telah dilantik sebagai uskup Shanghai pada 4 April.
“Taktha Suci telah dimaklumkan beberapa hari lalu mengenai keputusan pihak berkuasa China untuk memindahkan Uskup Joseph Shen Bin dari Haimen ke Keuskupan Shanghai dan mendapat tahu tentang pelantikan itu dari media pagi ini,” kata Matteo Bruni, pengarah pejabat akhbar Vatikan pada 4 April.
“Buat masa ini, saya tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan mengenai pandangan Takhta Suci mengenai perkara itu,” tambah Bruni dalam satu kenyataan ringkas.
Pada 2018, Vatikan dan kerajaan China menandatangani perjanjian yang menggariskan prosedur untuk memastikan uskup Katolik dipilih oleh komuniti Katolik di China dan diluluskan oleh paus sebelum pentahbisan dan pertabalan mereka. Perjanjian itu diperbaharui pada 2020 dan sekali lagi pada 2022.
Tetapi pada bulan November, hanya sebulan selepas pembaharuan terbaru, Vatikan mengeluarkan kenyataan kekesalan, pada dasarnya menuduh kerajaan China melanggar perjanjian apabila Uskup John Peng Weizhao dari Yujiang dilantik sebagai uskup tambahan Jiangxi, “sebuah keuskupan yang tidak diiktiraf oleh Takhta Suci.”
Persidangan Uskup Gereja Katolik di China yang disahkan negara mengesahkan upacara pertabalan itu diadakan pada 4 April.
Uskup Agung Joseph Li Shan dari Beijing memimpin upacara itu dan menyampaikan ucapan, kata laman web persidangan itu.
Kira-kira 200 orang termasuk paderi keuskupan dan pemimpin dari Persatuan Patriotik Katolik Cina, sebuah lagi badan kelolaan kerajaan, menghadiri program itu.
Uskup Shen Bin yang baru dilantik ialah pengerusi persidangan uskup yang dikendalikan kerajaan. Beliau dipilih semasa Kongres Kebangsaan Katolik ke-10 di China pada Ogos 2022.
Selepas pertabalannya, Shen Bin berkata dia akan terus meneruskan tradisi patriotisme dan cinta Gereja Katolik di Shanghai.
Dia berjanji untuk mengikuti “prinsip kemerdekaan dan tadbir urus sendiri” Gereja di China dan juga “arah negaranya untuk Katolik di China.” – UCA News (Terjemahan oleh CS)