Sep 5 2023
THE CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA
PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA
30 August 2023
CFM MEDIA STATEMENT
MERDEKA DAY & MALAYSIA DAY 2023
UNITY IS STRENGTH
Malaysians stand together at the threshold of celebrating with much joy and happiness the 66th anniversary of Merdeka Day on 31st August and the 60th anniversary of the formation of Malaysia on 16th September with the theme “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan (Determination in Unity, Fulfilling Hope).
The Christian Federation of Malaysia, representing the Christian community from the regions of Sarawak, Sabah and Semenanjung, continues to pray to Almighty God in seeking His continued blessings upon our beloved nation.
As we celebrate together this very auspicious moment in our nation’s history surely our thoughts and memories bring us back to the day when shouts of “Merdeka” were so joyous for a young nation then looking forward to a bright future. Today, it would seem that national unity in our beloved nation is in a very fragile state. The many incessant voices of division harping on race and religion loudly re-sounded in the General Elections of 2022 and now again in the recently held state elections in the six states of Negeri Sembilan, Selangor, Penang, Kedah, Kelantan and Terengganu. The voting patterns seem to indicate that their segregationist voices have held sway.
There are voices that try to re-interpret our long-held sacrosanct Federal Constitution to suit their sentiments of racial and religious separation and cause the breaking down of a united Malaysian citizenry.
We Malaysian Christians must unite with like-minded fellow Malaysians to work even harder to still those voices of separation and to build a strong and united nation whom we love and cherish. We need to uphold our Federal Constitution by interpreting it inclusively for all Malaysians and to ensure its protection of every one in Malaysia. The Federal Constitution is the basis of our Malaysian constitutional democracy and in it every Malaysian enjoys freedom and a meaningful life of dignity in peace, harmony and prosperity.
Next to our Federal Constitution, Malaysia sought to build a united Malaysia through the Rukun Negara which was to be the principal guide for national unity and a vision of a Malaysia for all by cultivating the seeds of unity and cohesion amongst all the peoples of Malaysia.
The Rukun Negara which was officially declared by His Majesty Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, the fourth Yang di-Pertuan Agong on 31 August 1970, came forth out of the ashes of the May 13 racial clashes of 1969 which put harmony, peace and prosperity of Malaysia in jeopardy. Without a doubt our national leadership then were very concerned that national
unity was something not to be toyed with and so the Rukun Negara was their considered solution to ensure that national unity would be the enduring bastion of a multi-racial, multicultural, and multi-religious Malaysia.
It is only right that in this month of celebrative joy let us be reminded of the overarching noble objectives and the five key principles of the Rukun Negara.
The objectives of the Rukun Negara are:
- Achieving a more perfect unity amongst the whole of her society;
- Preserving a democratic way of life;
- Creating a just society where the prosperity of the country can be enjoyed together in a fair and equitable manner;
- Guaranteeing a liberal approach towards a traditional heritage that is rich and diverse;
- Building a progressive society that will make use of science and modern technology
The five principles of the Rukun Negara are the following:
- Belief in God;
- Loyalty to King and Country;
- Supremacy of the Constitution;
- Rule of Law; and
- Courtesy and Morality
To enhance national unity on the basis of the Federal Constitution and the Rukun Negara we need good national and community leaders to walk the talk by being exemplars of an inclusive society and to strengthen social cohesion across all communities. We require our leaders to daily show us what it means to be united and to build up our core focus that unity
is strength in order for all in Malaysia to enjoy peace, harmony and prosperity.
In pursuit of a united Malaysia we need all our government leaders, our elected state and national representatives and community and religious leaders to focus on the good and wellbeing of every Malaysian in every economic strata, in both the urban areas and the rural interiors. No one is to be left behind.
As time is short and there is much to do we urge our political leaders to work together in unity and strength to achieve much for Malaysians. One such beginning is the policy of forming Rukun Negara Clubs in our schools, both government and private, to sow seeds of unity among our young children. May our teachers be icons of national unity amongst our
children.
Let us remember the wise counsel of our King and the Rulers who in many instances have urged our political leaders to intensify their thoughts and efforts on uniting the peoples of Malaysia, relieving the pressing daily needs of the rakyat especially of the poor, the marginalised and the impoverished and to work together to create jobs with good incomes to
ensure a bright future for them and their families.
In this season we need nation-builders, NOT divisive self-interested leaders with their racial and religious rhetorics. We pray that we may have good leaders like Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj and Tun Dr. Ismail Abdul Rahman of the past to lead our beloved Malaysia to greater heights and not into the dumps of bigotry, social divisions and disunity.
May we as Malaysians continue to pray to Almighty God to abundantly grant wisdom, strength, moral courage and good health to our Yang di-Pertuan Agong, the Rulers, the Governors, the Prime Minister and the Cabinet members, the Premier, Chief Minister, the Mentris Besar and the members of the State Executive Councils, and all our Parliamentarians,
Wilayah and State Assembly representatives, that they continue to diligently serve the rakyat with all their mind, strength and spirit by always seeking the welfare and well-being of all peoples in Malaysia.
BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU
UNITY IS STRENGTH
Signed
Cor Episcopa Philip Thomas
Chairman
Archbishop Dr. Simon Poh Hoon Seng
Vice-chairman
Bishop Datuk Danald Jute
Vice-chairman
Revd. Dr. Eu Hong Seng
Vice-chairman
KENYATAAN MEDIA HARI MERDEKA DAN HARI MALAYSIA 2023
BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU
Rakyat Malaysia berdiri bersama dengan gembira dan sukacita di ambang perayaan untuk menyambut ulang tahun ke-66 Hari Merdeka pada 31 Ogos dan ulang tahun ke-60 pembentukan Malaysia pada 16 September dengan tema “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
Persekutuan Kristian Malaysia, mewakili komuniti Kristian dari wilayah Sarawak, Sabah dan Semenanjung, terus berdoa kepada Tuhan Yang Maha Kuasa dalam memohon rahmat berterusan-Nya ke atas negara kita yang tercinta.
Ketika kita bersama-sama meraikan detik yang sangat bertuah ini dalam sejarah negara kita, pastinya fikiran dan kenangan kita membawa kita kembali ke hari ketika laungan “Merdeka” begitu menggembirakan bagi sebuah negara muda yang sedang menantikan masa depan yang cerah. Hari ini, nampaknya perpaduan negara di negara kita yang tercinta berada dalam keadaan yang sangat rapuh. Banyak suara perpecahan yang tidak henti-henti menyuarakan kaum dan agama kembali lantang kedengaran pada Pilihan Raya Umum 2022 dan kini sekali lagi dalam pilihan raya negeri baru-baru ini di enam buah negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Corak pengundian seolah-olah menunjukkan mereka cenderung berpegang pada suara-suara yang memecah belah.
Terdapat suara-suara yang cuba mentafsir semula Perlembagaan Persekutuan kita yang telah lama dipegang suci untuk disesuaikan dengan sentimen pemisahan kaum dan agama dan menyebabkan kehancuran warganegara Malaysia yang bersatu padu.
Kita umat Kristian Malaysia mesti bersatu dengan sesama rakyat Malaysia yang berfikiran untuk bekerja lebih keras bagi meredakan suara-suara yang cuba memisahkan itu dan untuk membina sebuah negara yang kuat dan bersatu yang kita cintai dan sayangi. Kita perlu menegakkan Perlembagaan Persekutuan kita dengan mentafsirnya secara merangkumi semua rakyat Malaysia dan untuk memastikan perlindungan bagi setiap orang di Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan adalah asas demokrasi berperlembagaan Malaysia dan melaluinya setiap rakyat Malaysia menikmati kebebasan dan kehidupan yang bermakna dengan maruah dalam keamanan, keharmonian dan kemakmuran.
Di samping Perlembagaan Persekutuan kita, Malaysia berusaha untuk membina sebuah Malaysia yang bersatu padu melalui Rukun Negara yang menjadi panduan utama perpaduan negara dan wawasan Malaysia untuk semua dengan memupuk benih perpaduan dan jalinan di kalangan semua rakyat Malaysia.
Rukun Negara yang diisytiharkan secara rasmi oleh Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah, Yang di-Pertuan Agong keempat pada 31 Ogos 1970, bangkit dan terbentuk daripada debu-debu pertembungan kaum 13 Mei 1969 yang meletakkan keharmonian, keamanan dan kemakmuran Malaysia dalam bahaya. Tidak dinafikan kepimpinan negara kita ketika itu amat prihatin bahawa perpaduan nasional adalah sesuatu yang tidak boleh dipermainkan dan oleh itu Rukun Negara adalah penyelesaian yang mereka pertimbangkan dalam memastikan perpaduan nasional sebagai benteng yang kekal bagi sebuah negara Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama.
Sewajarnya dalam bulan yang penuh kegembiraan ini, marilah kita mengingati objektif murni yang menyeluruh dan lima prinsip utama Rukun Negara.
Objektif Rukun Negara adalah:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,
Memelihara satu cara hidup demokratik,
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama,
Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai
corak, dan
Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Untuk meningkatkan perpaduan nasional berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara kita memerlukan pemimpin negara dan masyarakat yang baik untuk menjadi contoh masyarakat yang merangkumi semua dan mengukuhkan perpaduan sosial di semua
masyarakat. Kita memerlukan pemimpin kita setiap hari menunjukkan kepada kita apa ertinya bersatu dan membina fokus teras kita bahawa perpaduan adalah kekuatan agar semua di Malaysia menikmati keamanan, keharmonian dan kemakmuran.
Dalam mengejar Malaysia yang bersatu, kita memerlukan semua pemimpin kerajaan kita, wakil negeri dan negara yang dipilih dan pemimpin masyarakat dan agama untuk memberi tumpuan kepada kebaikan dan kesejahteraan setiap rakyat Malaysia dalam setiap lapisan ekonomi, di kawasan bandar dan pedalaman. Tiada siapa yang diabaikan.
Memandangkan masa semakin singkat dan banyak yang perlu dilakukan, kami menggesa pemimpin politik kita untuk bekerjasama dalam perpaduan dan kekuatan untuk mencapai banyak kejayaan untuk rakyat Malaysia. Satu permulaan sedemikian ialah dasar penubuhan
Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah kita, kerajaan mahupun swasta, untuk menyemai benih perpaduan di kalangan anak-anak kecil kita. Semoga guru-guru kita menjadi ikon perpaduan negara di kalangan anak-anak kita.
Marilah kita mengingati nasihat bijaksana Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja kita yang telah banyak kali menggesa pemimpin politik kita untuk memperhebatkan pemikiran dan usaha mereka dalam menyatupadukan rakyat Malaysia, meringankan keperluan harian rakyat yang terdesak terutamanya golongan miskin, terpinggir dan golongan miskin dan bekerjasama untuk mewujudkan pekerjaan dengan pendapatan yang baik bagi memastikan masa depan yang cerah untuk mereka dan keluarga.
Pada musim ini kita memerlukan pembina negara, BUKAN pemimpin yang memecahbelahkan dengan retorik kaum dan agama untuk kepentingan diri mereka. Kita berdoa agar kita mempunyai pemimpin yang baik seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada masa lalu untuk memimpin Malaysia tercinta ke tahap yang lebih tinggi dan bukan ke dalam tong ketaksuban, permisahan sosial dan perpecahan.
Semoga kita sebagai rakyat Malaysia terus berdoa kepada Tuhan Yang Maha Esa untuk melimpahkan kebijaksanaan, kekuatan, keberanian moral dan kesihatan yang baik kepada Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja, Gabenor, Perdana Menteri dan anggota Kabinet, Premier, Ketua Menteri, Menteri Besar dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, dan semua ahli Parlimen, Wilayah dan Dewan Undangan Negeri kita, agar mereka terus gigih berkhidmat untuk rakyat dengan sepenuh fikiran, kekuatan dan semangat dengan sentiasa mencari kebajikan dan kesejahteraan semua masyarakat di Malaysia.
BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU
Di tandatangani
Cor Episcopa Philip Thomas
Pengerusi
Archbishop Dr. Simon Poh Hoon Seng
Naib Pengerusi
Bishop Datuk Danald Jute
Naib Pengerusi
Revd. Dr. Eu Hong Seng
Naib Pengerusi
马来西亚基督教联合会媒体文告
2023 年国庆日和马来西亚日
团结就是力量
马来西亚人民欢聚一堂,将于 8 月 31 日庆祝国家独立 66 周年和 于9 月 16 日欢庆马 来西亚成立 60 周年,主题为“Malaysia MADANI”(昌明大马):Tekad Perpaduan Penuhi Harapan(坚定团结,满怀希望)。
马来西亚基督教联合会代表砂拉越、沙巴和西马全体基督徒,恳求全能的上帝,继续 祝福我们所心爱的国家。
当我们一起欢庆国家历史上的大好日子,我们的思绪和记忆将飞回当时高声欢呼 “Merdeka 默迪卡”的时刻,一个年轻并期待着光明未来的国家诞生了。然而,目前我 们所深爱的国家,其国民的团结却处于非常脆弱的状况。自2022 年大选,以及最近在 森美兰、雪兰莪、槟城、吉打、吉兰丹和登嘉楼六州所举行的州选举中,各民族和宗 教之间的分裂情况再次发生。从投票的型态看来,似乎种族主义的声音占据了主导的 地位。
有人试图重新解读长期以来不容置疑的联邦宪法,以迎合他们对种族和宗教隔离的观 点,这分裂了马来西亚国民之间的团结。
身为马来西亚的基督徒,我们必须与有共同想法的国民紧密合作,加倍努力地平息分 裂的声音,建立一个我们所热爱和珍惜的强大且团结的国家。我们需要维护联邦宪 法,它包含所有马来西亚人,并确保它保护每个在马来西亚的人。联邦宪法是马来西 亚宪政民主的基础,每个马来西亚人在其中享有自由,和平中有尊严的生活,和谐与 繁荣。
除了联邦宪法外,同时也透过《国家原则》建立一个团结的马来西亚,《国家原则》将成为国家团结的主要指南,并透过孕育国民之间团结和凝聚力的种子,以实现马来 西亚是属于全民的愿景。
国家原则是由第四任国家元首端姑依斯迈·纳西鲁丁沙陛下于 1970 年 8 月 31 日正式宣 布,这是从 1969 年 5 月 13 日种族冲突的国难中诞生的,为马来西亚带来了和谐、和 平与繁荣。毫无疑问,当时的国家领导层为民族团结而忧心,这是不容小觑的事,因此经过深思熟虑,《国家原则》成为当时的解决方案,以确保民族团结。《国家原则》将捍卫马来西亚为多元种族、文化和宗教的国家。
在这欢庆的月份里,让我们谨记《国家原则》的崇高目标及其五项关键原则。
国家原则的目标如下:
1. 社会实现更完整的团结;
2. 维护民主的生活方式;
3. 创建公正社会,全民在公平和正义中共享国家的繁荣;
4. 确保能以自由的态度对待丰富多元的传统遗产;
5.建设使用科学和现代技术的进步社会
《国家原则》的五项关键原则:
1. 信奉上苍;
2. 忠于君国;
3. 维护宪法;
4. 尊崇法治;
5. 培养德行。
我们需要在联邦宪法和国家原则的基础上加强国家团结,我们需要优秀的国家和社区领袖,成为以身作则,包容性社会的典范,并加强所有社区的社会凝聚力。我们需要领袖每天示范团结的意义,并建立我们的核心焦点——团结就是力量,使马来西亚所有的国民都享有和平、和谐与繁荣。
为了实践团结的马来西亚,所有政府中的领导人、民选的州和国家代表、社区和宗教领袖,都必须在经济层面关注每个马来西亚人的利益和福祉,是在城市和在乡区。没有人应该被抛在后面。
由于时间紧迫,还有许多未完成的事,我们敦促我们的政治领导人团结一致,共同努力,为马来西亚人民取得更大的成就。我们可以从在公立和私立学校中成立国家原则社团的政策开始,以在年幼的下一代播下团结的种子。愿我们的老师成为孩子们民族团结的典范。
让我们谨记国家元首和统治者的明智忠告,他们在不同的场合,多次敦促我们的政治领袖要深入思考和努力,团结和帮助马来西亚的国民,特别是穷人、被边缘化和弱势群体日常的迫切需求,并共同努力创造高收入的就业机会,以确保他们及其家人的光明未来。
在这季节里,我们需要国家建设者,而不是利用种族和宗教言论制造分裂及拥有个人议程的领袖。我们祷告,国家能拥有像过去的东姑阿都拉曼和敦依斯迈阿都拉曼博士那样优秀的领导,带领我们深爱的马来西亚走向另一个高峰,而不是陷入偏执、社会分裂和不团结的泥沼。
让身为马来西亚国民的我们,继续祈求全能的上帝,赐智慧、力量、道德勇气和健康予我们的国家元首、统治者、州元首、首相和内阁成员、总理、首席部长、州务大臣和州行政议员,以及所有国会议员和州议员,使他们继续尽心尽力尽意为人民服务,为马来西亚所有的人民寻求福利和福祉。
BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU
团结就是力量
马来西亚基督教联合会
主席: Cor Episcopa Philip Thomas
副主席: 傅云生总主教博士
副主席: Bishop Datuk Danald Jute
副主席: 尤方成牧师博士