Oleh Katekis Regina V Sigam
RANAU – Paderi Paroki di St Peter Claver, Fr Ambrose Atang telah mengadakan upacara pemberkatan perkahwinan kepada empat pasangan migran pada 2 Mei lalu bertempat di St Michael Malaikat Agung, Kampung Nalumad.
Manakala pada 4 Jun bertempat di St Martha of Bethany di Kampung Kauluan menyaksikan seramai tujuh pasangan migran turut menerima pemberkatan perkahwinan disusuli dengan upacara pembaptisan kanak-kanak migran.
Seramai lapan orang kanak-kanak telah menerima Sakramen Pembaptisan pada hari tersebut.
Selaku pengurus dan wakil kepada migran di kedua-dua Gereja itu, Ansel Bohan dan Hermanus Koten memanjatkan kesyukurannya kepada Tuhan atas berkat limpah kasihNya, upacara pemberkatan itu telah disempurnakan dengan baik.
Mereka juga merakamkan setinggi penghargaan kepada Fr Ambrose atas pelayanannya kepada umat migran di Paroki Ranau. Tidak lupa juga ucapan terima kasih atas segala bantuan dan panduan yang diberikan oleh Kat Regina V Sigam dan Kat Clarice J Samin sepanjang proses pemberkatan itu bermula sehingga selesai.