![](https://www.catholicsabah.com/wp-content/uploads/2024/11/IMG-20241001-WA0042-copy-1024x768.jpg)
Oleh Soccom KB
KOTA BELUD – Paderi Paroki St Edmund, Kota Belud, Fr Jalius Sading mengadakan lawatan stasi luar di Chapel St Hilary Timbang untuk merayakan Misa harian dan pembukaan bulan Rosari pada 1 Okt 2024. Dalam homilinya, Fr Jalius mengajak umat untuk mencontohi iman St Theresia dari kanak-kanak Yesus di mana pestanya dirayakan pada hari itu. “Jika kita mahu melayani, lakukan dengan sungguh-sungguh, dengan setulus hati dan jangan sambil merungut tetapi jadi seperti kanak-kanak yang sentiasa patuh kepada orang tuanya,” kata paderi itu.