Oleh Mitchell Geoffery, Setiausaha LWK Region Kudat
KOTA BELUD – Liga Wanita Katolik (LWK) Keuskupan Agung Kota Kinabalu menganjurkan Kursus Kepimpinan Liga Wanita Katolik Bahagian Kudat pada 17 Ogos 2024 di Gereja St Edmund, Kota Belud. Seramai 314 ahli Liga Wanita Katolik dari tiga paroki menghadiri kursus itu. Tiga paroki terlibat adalah St Edmund, Kota Belud, St Theresa, Kota Marudu dan St Peter, Kudat. Penceramah jemputan pada kursus itu adalah Anita Tonggolou, Joan Matanjun dan Amelia Laukang dari Komisi Liga Wanita Katolik Keuskupan Agung Kota Kinabalu.