Oleh AT Soccom
KOTA BELUD – Komiti Kerasulan Keluarga Katolik Paroki (KKKP) St Edmund, Kota Belud menganjurkan ‘Doa Berkat Ulang Tahun Perkahwinan’ dan diadakan setiap bulan pada hari Ahad untuk memberi peluang kepada pasangan menerima doa berkat daripada paderi yang melayani pada minggu ditentukan. Doa berkat dilakukan pada penghujung Misa Kudus.
Doa berkat itu dikhaskan kepada pasangan suami isteri yang telah berkahwin di Gereja Katolik sahaja dan ia bukan pemberkatan perkahwinan atas konvolidasi perkahwinan.
Program itu telah bermula pada bulan Oktober dengan hanya tiga pasangan yang sempat menghantar nama.
Paderi Paroki, Fr Jalius Sading berharap agar lebih ramai pasangan yang akan menyertai program ini pada bulan yang berikutnya sesuai dengan tarikh atau bulan perkahwinan mereka.