Kompilasi oleh Christina David & Catholic Sabah
Aug 3 2021
Melson Edmund Elit, 26, Paroki Holy Trinity Inobong
Layakkah saya? Inilah persoalan yang selalu bermain di fikiran saya. Boleh dikatakan saya belia yang aktif dan telah melayani selama 10 tahun di gereja. Ada masa jatuh, ada masa bangkit. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, saya betul-betul jatuh iaitu jatuh dalam dosa yang berat. Sampaikan saya betul-betul terkesan dengan perbuatan saya sendiri pada waktu itu.
Sejak dari itu, saya mula menjauhkan diri saya dari pelayanan gereja. Saya semakin jauh dari gereja dan semakin jauh dari Tuhan. Saya selalu mengelak dan selalu mencari alasan untuk tidak mengikuti dalam pelayanan. Saya juga menjauhkan diri dari rakan sepelayanan dan dari orang-orang yang saya rapat sebelumnya. Semua kerana ‘saya tidak layak’.
Untuk SYD ke-5 ini, ramai rakan mengajak saya untuk ikut serta. Terlebih lagi untuk bersama dalam penganjurannya tetapi saya menolak dan mencari alasan untuk tidak ikut serta kerana saya rasa ‘saya tidak layak’. Namun rencana Tuhan sungguh indah dan sempurna di mana beberapa hari sebelum penyertaan SYD5 ditutup, saya tergerak hati untuk menyertai walaupun rasa ‘tidak layak’ itu masih ada.
Singkat cerita, sesi ‘Heart to Heart’ banyak menyentuh saya. Di mana apa yang saya rasa ‘saya tidak layak’ kerana perbuatan saya itu adalah sangat berat merupakan satu pengalaman atau pengajaran hidup yang saya alami dan boleh saya pelajari.
Seperti kata salah seorang speaker, Saudara Joannes Jomitol, “Tuhan tidak akan terkejut dengan dosa yang kita telah buat atau bila kita berbuat dosa lagi. Tuhan tahu dan Dia tidak akan berhenti mengasihi kita.”
Kata-kata Pastor Edmund juga menyentuh hati saya di mana sebenarnya kita perlu menanyakan diri kita “Adakah kita mahu Tuhan lakukan? Kerana Tuhan itu boleh melakukan segala sesuatu” dan “relasi kita dengan Tuhan setiap hari adalah penting”.
Akhir sekali, mengikuti SYD5 ini memberi ‘renewal’ kepada diri saya. Di mana saya mendapat satu semangat baru yang mana Tuhan sebenarnya telah melayakkan kita melalui pengorbananNya di Kayu Salib dengan menebus dosa-dosa kita. Kita perlu berusaha untuk memperbaiki hubungan kita dengan Tuhan agar hidup kita sentiasa dalam berkatNya. Semoga kita semua diberkati Tuhan.
Allysha Carrie, Kategori 15 – 19 tahun, Paroki St Catherine Inanam
Sesi pertama: I’m Talking To You
Dalam sesi ini, saya dapat belajar yang Tuhan menerima kita walaubagaimana banyak pun dosa yang kita buat. Dalam perjalanan ke arah pencapaian kejayaan kita, memang kita akan lalui banyak masalah contohnya pandemik sekarang ini.
Sebagai pelajar, memang stress belajar begini, siapalah yang tidak stress? Apa lagi kalau tidak faham apa yang cikgu cuba sampaikan dan talian internet pun tidak mengizinkan. Banyak betul cabaran sampai kita lupa diri (tertekan) tetapi kenapa tidak kita cuba bercakap dengan Tuhan tentang masalah kita.
Di sana Tuhan akan cuba tolong kita untuk lebih bertenang menghadapi semua cabaran ini. Kita layak berbicara dengan Tuhan walaupun kita sudah berbuat salah, berasa hidup itu cukup berat dan sebagainya.
Satu ayat yang paling bermakna bagi saya, “If you want to go fast, then go alone. If you want to go far, then stay together.”
Sesi kedua: Young people with roots
Melalui sesi ini, saya sedar yang akar kita belum cukup dalam lagi untuk mengenali Tuhan dan diri sendiri serta orang yang kita sayang. Akar ini akan bertumbuh lebih mendalam apabila orang muda dan orang tua saling menyedarkan diri sendiri dan tolong antara satu sma yg lain.
Seperti video yang ditayangkan tadi, terdapat beberapa orang tua yang masih bekerja walaupun sudah lanjut usia dan majikannya pula merupakan orang muda. Boss mereka ini mengatakan bahawa dengan adanya orang-orang tua ini mereka mampu membaiki kesilapan dan mengambil pengalaman bagi menjayakan syarikat mereka untuk menjadi lebih lebih baik.
Bukan sahaja untuk syarikat malah generasi muda mampu belajar dalam membaiki diri mereka sebelum terlambat, bak kata orang “Generasi tua terlebih dahulu terasa garam sebelum generasi muda.” Tanpa mereka siapalah yang akan mengajar kita teladan yang baik.
Josefina Palang Yohanes, Kategori 26 – 45 tahun, Paroki St Catherine Inanam
Sesi pertama: I’m Talking To You
Dalam sesi ini banyak yang dapat saya kongsikan. Apa saja situasi yang kita hadapi percayalah bahawa Tuhan yang hidup selalu ada bersama-sama kita. Kadang kala kita menghadapi situasi atau peristiwa yang tidak kita inginkan tapi itulah satu kesempatan berkomunikasi dengan Tuhan dan Tuhan mahu datang kepada kita di saat doa-doa kita yang jujur. Jadi mulai sekarang jangan pernah malu atau takut untuk berbicara dengan Tuhan tentang segala kesalahan yang kita lakukan.
Sesi kedua: Young people with roots
Walaupun kita hidup dalam duri ingat mesti ada satu tempat di mana kita akan dibantu, adakala kita harus tumbuh melalui pelbagai kesukaran, namun di mana saja kita ditempatkan, kita masih mampu membolos kesukaran dengan segar. “Bloom Where You Are Planted.”
Adeline Edward, Kategori 20 – 25 tahun, Paroki St Catherine Inanam
Ada banyak cara kita dapat menghidupkan hidup rohani dalam hidup kita. Salah satunya adalah mengamalkan atau menjadikan ajaran Tuhan sebagai rutin harian dan cuba setiap hari untuk menjadi the better version of ourselves walaupun kadang kala kita juga boleh jatuh dalam dosa.
Ellyxia James, Kategori 15 – 19 tahun, Paroki St Catherine Inanam
Di dalam sesi pertama, saya belajar kita harus berkembang dalam kematangan rohani dan sentiasa “online” dengan Tuhan, bukan hanya masa kita mengalami kesusahan baru kita mahu berhubung dengan Tuhan. Kebanyakan kita hanya masa susah sahaja baru mahu cari Tuhan termasuk saya sendiri. Kita harus sentiasa ‘connected’ dengan tuhan “Aku tidak lagi memanggil kamu hamba, Aku memanggil kamu sabahat” Yoh 3:13. Dalam sesi ini juga, kita sebagai “belia dipanggil untuk menjadi saksi Kristus walau di mana kita berada.”
Dalam sesi kedua saya sedar yang akar kita belum cukup mendalam untuk kita mengenal Tuhan dan diri kita sendiri. Apabila kita membina masa depan tanpa akar, seolah-olah dunia baru bermula sekarang, mudah kita tumbang. Di dalam tayangan video juga berkata tidak kisah lah kita tua atau muda, asal kan kita satu hati dan memupuk nilai bekerjasama, pasti akar kita kuat dan tidak mudah tumbang “The glory of young men is their strength, but the beauty of old men is their grey hair.”
Eshirlyer Peter, Kategori 26 – 45 tahun, Paroki St Catherine Inanam
Rumusan ringkas dari saya: Apa pun masalah yang kita hadapi, jangan lupa “God is always with you”. Berdoa dengan kerendahan hati seperti Bonda Maria, dia melalui banyak percobaan dalam hidupnya tetapi dia tetap tabah dan sabar dan terus berdoa kepada Tuhan.
Fealvera Judy, Category 20 – 25 years old, St Catherine Inanam Parish
In the first session “I’m talking to you”, I learnt how to live spiritually. Living spiritually in the Old Testament was by holding on to God’s order and staying loyal but in the New Testament, it teaches us how to be similar like Jesus by the help of the Holy Spirit. When we were baptised, we all are ready to live spiritually. We as Christians need to live spiritually to be closer to our Father, this is a life-long process.
You probably wonder how we are to do that? We should evaluate ourselves. We may ask “have I spent some of my time with my Father? Have I listened to my Saviour? Is Jesus my priority? Do I know who our loving Father is? Am I always praying? Have I ever read the bible? How’s my faith, is it sturdy enough and then get to know God.
In the second session “Young people with root” by Sr Josie, I learnt that we can’t neglect the elderly or the old generation because we need them and vice versa. They need us to carry their legacy and we need them to teach us how to do it.
Edity Bernadeth Jude R, 20, Paroki St Theresa Kota Marudu
Shalom! Pejam celik, selesai sudah kita ber-SYD, betul-betul tidak terasa lima hari berlalu. Syukur, puji Tuhan, saya dapat menyertai SYD yang julung kalinya diadakan secara virtual walaupun saya sangat sibuk dengan komitmen saya yang lain tapi memang tidak sewajarnya kita mengabaikan Tuhan begitu sahaja.
Dalam lima hari ini, memang saya betul-betul dapat merasakan kasih Tuhan sebab sebelum ini sejujurnya keimanan rohani saya memang terkering sikit. Bukan sedikit tapi banyak juga sebab saya terlalu sibuk dengan pelajaran saya. Saya sibuk mengejar kerja assignment, final exam dan lain-lain tetapi saya tidak pula sibuk kejar keimanan rohani saya. Itulah yang saya renungkan dalam kehidupan seharian saya.
Memang banyak saya mendapat input baharu dalam setiap sesi walaupun saya terlepas kedua-dua sesi perkongsian disebabkan talian internet yang tidak stabil. Terima kasih tim penganjur, MOT, sub-MOT, LOT kerana berjaya menganjurkan V-SYD5 yang begitu hebat sekali. Terima kasih juga ketua kontinjen kami dan fasilitator yang sentiasa memberi semangat dan bimbingan sepanjang berlangsungnya VSYD-5.
#mainoh kata Bapa Uskup Cornelius Piong semasa Misa Penutupun V-SYD5, bukan sekadar “mainoh” tetapi juga disertai dengan tindakan kita. Well done all. Jumpa di KSFX Keningau, SYD-6 2024!
Ivy Jomius, 22, Paroki Holy Trinity Inobong, Penampang
Shalom, ini merupakan kali pertama saya mengikuti SYD dan secara jujurnya saya mengharapkan SYD5 ini berlangsung secara bersemuka atau berdepan tetapi kita tahu rencana Tuhan itu lebih baik dan puji Tuhan kita dapat menyelesaikan SYD5 ini secara virtual yang berlangsung selama lima hari. Saya berasa berbesar hati dan bersyukur kerana mendapat peluang untuk menjadi saksi Kristus dan dipenuhi Roh Kudus sepanjang mengikuti aktiviti ini.
Walaupun ia dijalankan secara virtual tetapi tidak menghalang saya untuk terus melayani Tuhan. Dengan SYD5 juga saya bersyukur ia serba sedikit mengubati kerinduan dalam melayani Tuhan. Secara peribadi, apa yang saya dapat dari SYD5 adalah cinta kasih Tuhan. Kesatuan kita dengan Tuhan mendorong kita untuk mengasihi sesama.
Sepanjang program SYD5, sesi yang paling menyentuh hati saya ialah forum Heart to Heart, Sesi 1 dan 2 dan Bengkel Fratelli Tutti. Walau pada awalnya ada rasa malu-malu sedikit semasa buat perkongsian sebab belum kenal lagi semua tetapi syukur dapat juga saya berkongsi.
Saya sekarang sedang praktikal di Keningau dan tinggal di rumah sewa bersama dengan kawan yang tidak seiman namun saya tetap bawa mereka untuk melayani Tuhan di LIVE FB. Kami sama-sama melayani dengan penuh sukacita dan semangat. Bagi saya kita semua ini sama sahaja, tidak ada beza kerana darah kita semua sama. Oleh itu pandanglah orang lain seperti dia berharga di depan mata. Bagaimana kita mahu dilayani begitu juga kita melayani orang lain.
Puji Tuhan line internet juga memberi kerjasama sepanjang berlangsungnya program SYD5. Dari program inilah banyak perkongsian yang saya dapat serta banyak pengetahuan tentang realiti pada masa kini.
Apa pun yang kita alami pada masa lalu itu bukan menghalang kita untuk melayani tetapi adalah sumber kekuatan iman kita untuk terus memperbaiki diri dan melangkah di hadapan dengan iman. “Living in sin and falling in sin adalah berbeza” kata seorang Pastor Edmund.
Oleh itu, saya seru kepada semua para belia untuk menyertai SYD6 yg akan diadakan di KSFX Keningau. “Melayani Tuhan itu berat, tapi di akhirat kita bahagia” kata Brother Rey. Ini kerana dalam pelayananlah yang menyelamatkan kita dari jatuh kembali. “Forgiveness is a blessing because God is able, he always does” kata Pastor Edmund.
I hope God will heal our world and together we pray that SYD6 becomes a face-to-face program. Okay see you soon in SYD6 2024. Akhir kata, saya katakan ‘Ya’ untuk SYD6.