Tahbisan baharu, Fr Bede Morti (dua dari kiri) menyertai Uskup Cornelius Piong dan para klergi merayakan Misa Kudus
Sr Maria Thomas
Mar 8 2022
Pirot Nu Sangulun Rangan (Yoh 15:13)

SOOK – Hari bersejarah tiba bagi Diakon Bede Morti Lambutan apabila dia ditahbis menjadi paderi pada 27 Feb 2022 oleh Uskup Cornelius Piong di Paroki Roh Kudus Sook.
Ini merupakan Pentahbisan Imamat yang ketiga bagi Paroki Sook selepas Fr Bonaventure Unting pada tahun 2001 dan Fr David Gasikol pada tahun 2018.
Upacara diadakan secara sederhana dengan kehadiran terhad 150 orang iaitu ahli keluarga, kawan-kawan, para paderi, dikon, religius, perwakilan dari setiap paroki dan mission serta ajk pelaksana cukup memeriahkan suasana, terutamanya para umat dari Zon Nabawan, daerah kelahiran Fr Bede, dan Zon Pamuntarian.
Bersujud di hadapan altar semasa Doa Litani kepada Santo Sangti
Fr Bede mula memasuki Rumah Pembentukan Catholic Diocesan Centre (CDC) di Penampang pada tahun 2014. Kemudian memasuki St Peter’s College, Major Seminary di Kuching bermula tahun 2015-2021.
Sepanjang tempoh pembentukannya, ada masanya hidup dan panggilan terasa suram dan kelam, namun cahaya dan kasih Kristus tidak pernah malap dan hilang, kata Fr Bede yang senantiasa menguatkannya untuk terus melangkah.
Bede Morti mengenakan pakaian chasuble dan stola sebelum upacara pentahbisan diteruskan
Uskup Cornelius di dalam ucapannya berkata pentahbisan Fr Bede Morti amat bermakna sekali kerana sewaktu Uskup melayani di Nabawan pada tahun 1978, pada waktu itu tidak ada gereja dan tidak ramai umat tetapi kerajaan Tuhan terus berjalan mempengaruhi kehidupan manusia khususnya para umat. Uskup Cornelius bersyukur kerana 44 tahun kemudian dia sendiri melihat seorang calon menjadi paderi dari Nabawan.
Uskup turut mengingatkan paderi baharu bahawa menjadi paderi bukan selalu bahagia, memang banyak cabaran dan Uskup Cornelius menasihati Fr Bede agar senantiasa berwaspada, senantiasa bergabung dengan sumber-sumber yang boleh menopang dan membantu, lebih-lebih lagi di dalam krisis kehidupan.
Uskup juga berkata apabila seseorang sudah ditahbis menjadi paderi lalu akan menjadi malaikat, jawapannya tidak kerana paderi itu masih juga manusia darah dan daging.
Uskup Cornelius Piong memberikan piala kepada Fr Bede
Uskup juga berkata apabila seseorang sudah ditahbis menjadi paderi lalu akan menjadi malaikat, jawapannya tidak kerana paderi itu masih juga manusia darah dan daging.
Memetik ungkapan dari Bapa Suci, Uskup berkata kepada Fr Bede bahawa kesatuan dengan Tuhan, kesatuan dengan uskup, kesatuan dengan para paderi dan kesatuan dengan umat adalah penting.
Fr Bede Morti memberikan pemberkatan pertamanya kepada Uskup dan para klergi Keuskupan Keningau
Di penghujung ucapannya, Uskup Cornelius juga mengumumkan bahawa Fr Bede Morti ditugaskan untuk melayani di Gereja Holy Cross Toboh, Tambunan selepas ini.
Fr Bede Morti bersama rakan-rakan diakon dari Keuskupan Agung KK dan Keuskupan Sandakan, serta Fr Michel Dass dari Keuskupan Agung KL yang baru ditahbis pada 29 Dis 2021
Semua gambar dikredit kepada Komisi Komunikasi Sosial Keuskupan Keningau