Ordinan Episkopal Uskup Agung Giovanni-Gaspari
Oleh Vatican News
Mar 4 2024
Bapa Suci Fransiskus melantik Uskup Agung Giovanni Gaspari dari Pescara, Itali, sebagai Nuncio Apostolik ke Korea dan Mongolia.
Pada 2 Mac, Bapa Suci Fransiskus melantik Nuncio Apostolik baharu ke Korea dan Mongolia, Uskup Agung Giovanni Gaspari, Uskup Agung Alba Narittima, dan sehingga kini Nuncio Apostolik ke Angola dan São Tomé dan Príncipe. Beliau menggantikan Uskup Agung Alfred Xuereb, dilantik Nuncio ke Maghribi Disember lalu.
Uskup Agung Gaspari berasal dari Pescara, Itali, lahir pada 6 Jun 1963. Beliau telah ditahbiskan sebagai imam pada 4 Jul 1987. Beliau mempelajari Undang-undang Canon dan mempunyai Licentiate dalam Teologi Moral. Beliau memasuki Perkhidmatan Diplomatik Takhta Suci pada 1 Jul 2001, dan telah berkhidmat dalam Perwakilan Kepausan di Iran, Albania, Mexico, Lithuania dan di Bahagian Hubungan dengan Negeri-Negeri Sekretariat Negara.
Pada 21 Sept 2020, Bapa Suci melantik beliau Apostolic Nuncio ke Angola dan São Tomé dan Príncipe dan juga Titular Archbishop of Alba Narittima. Kardinal Pietro Parolin mempengerusikan pentahbisan uskupnya pada 17 Okt 2020 di Basilika St Peter. Dia bercakap Inggeris, Sepanyol dan Perancis.
Sumber: Pope appoints new Nuncio to Korea and Mongolia (Diterjemahkan oleh CS)