
Oleh Stanley Ung (Photo – SOCCOM DMC KKIP)
KKIP – Seramai 186 umat Gereja Divine Mercy, KKIP berziarah di Pusat Ziarah Paroki St Peter, Kudat pada 1 Apr 2025. Ziarah itu dianjurkan bersama oleh Komiti Liturgi, Social Communication (SOCCOM) dan Kerasulan Belia Katolik.
Ziarah itu diadakan buat pertama kali untuk menyahut seruan pada Tahun Jubli 2025.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang ziarah adalah Pentahtaan Alkitab, Doa Jalan Salib dan mendengar Taklimat ringkas mengenai Sejarah gereja serta khabar sukacita para misionaris tiba di Borneo Utara dalam menyebarkan ajaran Katolik.

Taklimat itu disampaikan oleh Sr Lusiah Kayoh, fsic juga penceramah dalam aktiviti ziarah.
Sr Lusiah mengatakan bahawa setiap penziarah akan memperoleh pengalaman rohani dan dapat membina hubungan antara sesama manusia dan Tuhan melalui ziarah yang diikuti di mana-mana Pusat Ziarah.
Sr Lusiah berpesan kepada para peziarah agar mereka sentiasa meletakan harapan kepada Tuhan Yesus sebab itulah harapan dan tujuan sebagai umat kerana seperti tema pada Tahun Jubli ‘Harapan tidak mengecewakan’. Dia percaya setiap peziarah yang datang ke Pusat Ziarah di St Peter, Kudat sentiasa ada harapan kerana Yesus menjadi tujuan dalam setiap langkah mereka.
Sr Lusiah berharap agar perjalanan ziarah mereka pada hari itu membawa kepada pertaubatan dan membawa kesatuan dalam keluarga.