
Oleh Peter Zeter
KOTA KINABALU – Acara ini mungkin bukan untuk semua orang, tetapi pasti setiap orang yang menyertainya, mendapat sesuatu untuk dibawa pulang dari Hari Belia Katolik Malaysia (MCYD) yang diadakan dari 31 Mac hingga 5 Apr 2025. Disertai oleh 1715 belia dari sembilan keuskupan di Malaysia, termasuk delegasi dari Timor Leste, Taiwan, Thailand, Brunei dan Perancis. Acara tersebut adalah yang pertama kali diadakan di Malaysia.
Acara tersebut, di mana Keuskupan Agung Kota Kinabalu selaku tuan rumah, telah dianjurkan bersama oleh lima paroki berjiranan, iaitu St Michael Penampang, Stella Maris Tanjung Aru, Church of Mary Immaculate Bukit Padang, Holy Nativity Terawi dan Katedral Sacred Heart. Tiga hari pertama program diatur dan dilaksanakan oleh paroki-paroki, manakala tiga hari berikutnya, semua peserta berkumpul di Katedral Sacred Heart.
Sesungguhnya MCYD ialah sebuah tempat pertemuan untuk semua, hadir di acara tersebut adalah sembilan uskup Malaysia, iaitu Kardinal Sebastian Francis dari Pulau Pinang, Uskup Agung John Wong dari Kota Kinabalu, Uskup Agung Julian Leow dari Kuala Lumpur, Uskup Agung Simon Poh dari Kuching, Uskup Julius Gitom dari Sandakan, Uskup Cornelius Piong dari Keningau, Uskup Bernard Paul dari Johor-Melaka, Uskup Joseph Hii dari Sibu dan Uskup Richard Ng dari Miri. Selain itu, turut hadir adalah Fr Robert Leong dari Vikariat Brunei, para paderi yang mewakili komisi belia dari pelbagai keuskupan dan kongregasi masing-masing, para religius brother dan sister, pemimpin awam gereja dan belia yang berjumlah ribuan.
Sebagai salah satu acara utama menjelang Konvensyen Pastoral Malaysia 2026 di Johor, MCYD juga menjadi platfom pelancaran ‘Perjalanan Salib’. Satu upacara liturgi yang terperinci dan khusyuk untuk memberkati ‘Salib’, sembilan uskup yang diketuai oleh Uskup Agung Simon Poh, menguduskan sembilan salib yang digabungkan yang berdiri di hadapan altar di Katedral Sacred Heart. Setiap uskup, sambil memegang salib berukuran sembilan kaki tinggi, mengucapkan berkat mereka untuk salib yang disaksikan oleh para orang muda Katolik. Kemudian salib-salib tersebut dibawa bersama dan disatukan sebagai satu salib tunggal.
Para uskup kemudian memimpin para umat untuk menghormati salib tersebut dengan berlutut dan berdoa. Penghormatan kepada salib mengambil masa sepanjang petang untuk semua belia mengambil bahagian sebelum salib gabungan itu dipisah-pisahkan dan dibahagikan kepada sembilan keuskupan. Selepas itu, setiap salib akan bergerak ke seluruh paroki dan kapel di setiap keuskupan sehingga Ogos 2026 sebelum setiap keuskupan menghantar salib tersebut ke Johor untuk perhimpunan ulung MPC.
Salib-salib yang digabungkan melambangkan kerjasama antara sembilan keuskupan, satu kesatuan dalam kepelbagaian, kaya dengan tradisi dan budaya, yang merupakan identiti Gereja Malaysia.
Dalam pengutusan perjalanan Salib, Kardinal Sebastian berkata, “Kami mempercayakan misi suci ini kepada anda para orang muda Katolik, untuk membawa salib ini, yang mewakili Kristus, ke setiap paroki dan outstasi.” Bawa Kristus kepada semua orang,” kata Kardinal.
Menyertai ribuan belia lain mungkin bukan pengalaman yang asing bagi belia Sabah, tetapi bagi peserta dari keuskupan lain, acara ini adalah pengalaman yang memperkaya. “Ini adalah kali pertama saya di Sabah, juga kali pertama saya menyertai acara belia besar dengan ribuan orang lain dari tempat yang berbeza. Ia adalah pengalaman yang hebat. Pengalaman dengan keluarga angkat juga membuka mata saya, mereka sangat menerima dan prihatin. Saya tersentuh dengan layanan dan perhatian daripada keluarga angkat dan sudah pasti ini adalah sesuatu yang akan saya bawa pulang,” kata Anthony Michael dari Keuskupan Pulau Pinang, menceritakan pengalamannya melalui MCYD.
MCYD memperoleh kira-kira 2,000 penonton setiap hari melalui siaran dalam talian di seluruh negara.