By Herald Malaysia
JOHOR BAHRU – Presiden Caritas Malaysia, Uskup Bernard Paul dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Ahli Lembaga Caritas Malaysia baharu, yang telah memulakan khidmat mereka untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa Jan 1, 2025.
Pengumuman itu diterbitkan pada Dis 30, 2024. Uskup Bernard menyatakan pembaharuan kepimpinan dalam Caritas Malaysia menandakan detik penting dalam perjalanan kolektif Caritas Malaysia demi memajukan misi sosial Gereja di Malaysia, berakar pada nilai kasih sayang, belas kasihan dan keadilan.
Uskup Bernard mengungkapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para mantan Ahli Lembaga Pengarah atas sumbangan, pelayanan dan kebijaksanaan sepanjang tempoh mereka memegang jawatan.
Uskup Bernard menulis bahawa, “Usaha mereka telah memainkan peranan penting dalam memupuk sebuah Gereja yang berjalan bersama orang miskin, mengangkat martabat mereka yang terabai dan berusaha untuk mengubah masyarakat dalam semangat Injil.”
Berikut merupakan Ahli Lembaga Caritas Malaysia terbaharu:
• Anne Lasimbang
• Dr Francis Loh
• Fr Alvin Ng
• Joyce Wong
• Joachim Xavier
• Sarah Chou
Individu-individu ini mempunyai banyak pengalaman, kepakaran dan semangat.
Dengan perspektif yang segar dan tenaga yang diperbaharui, Ahli Lembaga Baharu Caritas Malaysia ini komited untuk memperkukuh kerjasama, program dan segera bertindak balas terhadap cabaran yang muncul khususnya dalam isu perubahan iklim, migrasi dan golongan miskin. Meneruskan langkah ke hadapan, Caritas Malaysia kekal teguh dalam misinya untuk menyahut panggilan Injil iaitu mengasihi dan melayani.
Uskup Bernard menjemput umat beriman dan kolaborator mendoakan Ahli Lembaga Pengarah yang baharu, demi meneruskan perjalanan bersama Caritas Malaysia dalam misi harapan dan perpaduan.
Caritas Malaysia, sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada mantan Ahli Lembaga Pengarah atas sumbangan mereka yang tidak ternilai dan mengalu-alukan Ahli Lembaga Pengarah baharu, untuk memikul tanggungjawab suci ini. – Herald Malaysia