Kompilasi gambar sambutan perayaan Krismas di St Benedict Toburon, 25 Dis 2023
Oleh SOCCOM ST BENEDICT
Jan 19 2024
KOTA BELUD – Sambutan perayaan sempena menyambut ulang tahun kelahiran Kristus iaitu Perayaan Krismas 25 Dis 2023 disambut dengan penuh rasa gembira dan kesyukuran oleh semua umat St Benedict Toburon. Walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak baik sepanjang hari tapi tidak sedikitpun mengurangkan semangat serta motivasi para umat untuk menyambutnya. Ibadat Sabda diadakan terlebih dahulu sebelum menyambut perayaan Krismas.
Dalam khotbah yang disampaikan oleh Katekis Joutin menyatakan bahawa sambutan Krismas bukan hanya disambut dengan menggambarkan kegembiraan secara fizikal sahaja tetapi melalui hati dan iman, di mana menyambut kelahiran Yesus Kristus yang datang ke dunia untuk menebus dosa umatNya.
Pengerusi Penganjur Perayaan Krismas 2023, Judith Juita berucap, walaupun Perayaan Krismas disambut setahun sekali sahaja, iman dan hati kita senantiasa menyambut kelahiran Yesus Kristus dan tidak pernah putus selagi kita menerimaNya sendiri.
Beliau berterima kasih kepada semua AJK sambutan Krismas 2023 yang berlangsung dengan jayanya walaupun terdapat pelbagai halangan terutama keadaan cuaca yang tidak menentu. Sambutan Krismas 2023 lebih dirasai dikalangan anak-anak dan belia di mana ia berkonsepkan kemeriahan dan kemesraan terhadap anak-anak.
Umat disajikan dengan pelbagai hidangan yang disediakan oleh AJK dan Liga Wanita St Benedict. Di samping hadiah bagi cabutan tiket bertuah yang berkonsepkan keadilan dan kesederhanaan menyumbang kepada kemeriahan majlis tersebut. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua penyumbang hadiah tiket bertuah serta pembeli tiket bertuah yang mana sambutannya amat memberangsangkan.
Sambutan Majlis berakhir tepat jam 5.00 petang dengan iringan doa penutup oleh Kat Joutin diikuti dengan aktiviti gotong royong membersih kawasan gereja sebelum bersurai.