Oleh JB
KOTA MARUDU – Pada 13 Apr 2024, Liga Wanita Bahagian (St Catherine, Inanam, Good Shepherd Manggatal, Holy Family Telipok dan Divine Mercy,KKIP) telah membuat lawatan ke Rumah Kanak-Kanak St Theresa,Kota Marudu.
Lawatan itu bertujuan untuk memberikan sumbangan barangan dapur dan juga melawat Kanak-kanak disana. Seramai 58 kanak-kanak yang tinggal di rumah tersebut dan dijaga oleh Sr Olga dibantu oleh Sister lain.
Semua anak-anak tinggal jauh di pedalaman dan susah untuk keluar ke bandar atau sekolah kerana perjalanan yang jauh dan jalan raya sukar untuk kenderaan lalui. Mereka hanya balik ke kampung semasa cuti sekolah.
Liga Wanita Bahagian juga mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Jadi Fr Rayner Bisius pada hari itu.