Para penerima Sakramen Ekaristi berlutut semasa Liturgi Ekaristi
Oleh Ivan Charlie, SOCCOM Kudat
Dis 19 2023
KUDAT – St Peter Kudat menyaksikan Penerimaan Sakramen Ekaristi Pertama bagi 27 calon pada 26 Nov 2023. Mereka terdiri daripada kanak-kanak dari PMG-5 dan PMG-6 kelas Bahasa Melayu dan Bahasa Cina.
Upacara itu dijalankan dalam Misa Kudus sempena perayaan Kristus Raja dan disempurnakan oleh Paderi Paroki Fr Rayner Bisius.
Dalam homilinya, Fr Rayner mengingatkan para ibubapa untuk sentiasa membimbing dan menyokong perkembangan iman anak-anak. Penerimaan Ekaristi Pertama adalah satu pencapaian dalam kehidupan kerohanian para anak-anak PMG, dan ini sememangnya patut disyukuri dan diraikan.
Selepas Misa, para penerima Sakramen tersebut diraikan dalam satu majlis kesyukuran ringkas bertempat di Dewan Peringatan Fr De Wit. Penyampaian Sijil dan Cenderahati kepada yang diraikan telah disempurnakan oleh Annie Jilan selaku Penyelaras Komiti Kateketikal Paroki St Peter Kudat.