Oleh SOCCOM KB
Dis 15 2023
KOTA BELUD – Umat Chapel Salib Suci Dudar, bergambar kenangan bersama para penerima sakramen di hadapan grotto di Gereja St Edmund selepas menerima Sakramen Komuni Suci Pertama pada 26 Nov 2023.
Berikut adalah satu perkongsian daripada salah satu peserta penerima sakramen tersebut.
Shallom dan salam damai saya Ariel Audrey Addy ingin berkongsi sedikit pengalaman sebelum dan selepas saya menerima Komuni Suci Pertama. Sebelum saya menerima komuni pertama, saya pernah mempunyai perasaan yang ingin menjadi salah satu umat yang menerima Tubuh dan Darah Kristus. Saya gembira kerana berpeluang mengikuti kelas komuni yang membolehkan saya menerima Tubuh dan Darah Kristus. Saya percaya sepanjang perjalanan saya sebelum menerima Tubuh dan Darah Kristus saya dibimbing oleh Roh Kudus.
Saya berterima kasih kepada pembimbing saya kerana berusaha mengajar sehingga saya menerima sakramen ini. Selepas saya menerima sakramen itu, saya sangat bersyukur, gembira yang tidak dapat saya gambarkan atau ungkapkan kerana pada akhirnya impian saya selama ini telah tercapai.