Ahli Couples for Christ (CFC) Kota Marudu merakamkan album kenangan bersama dengan Fr Mitchelly Kiun
Oleh SOCCOM St Theresa, Kota Marudu
Dis 12 2023
KOTA MARUDU- Pada 18 Nov 2023 telah diadakan sambutan ulang tahun ke-18 tahun untuk Couples for Christ (CFC) Sabah dan ke-4 tahun bagi CFC Kota Marudu. Beberapa persiapan telah dilakukan demi menjayakan majlis ulang tahun CFC di peringkat paroki St Theresa Kota Marudu.
Sambutan ulang tahun bermula dengan perayaan Misa Kudus yang dipimpin oleh Fr Mitchelly Kiun, paderi pembantu paroki St Theresa Kota Marudu. Fr Mitchelly berpesan dalam homilinya agar semua umat yang hadir dalam perayaan Misa Kudus tersebut dapat saling meneguhkan dan bekerjasama dalam membangunkan umat yang beriman di paroki itu.
Selepas perayaan Misa Kudus, acara diteruskan di Dewan Paroki dengan beberapa siri ucapan yang disampaikan oleh Marcus Diri Bintang Kopong selaku Ketua Unit CFC Kota Marudu dan ucapan perasminan bagi majlis ulang tahun disempurnakan oleh Fr Mitchelly Kiun.
Selain dari acara pemotongan kek sebagai lambang kesyukuran, turut disampaikan ucapan daripada Country Koordinator.
Persembahan pentas oleh kanak-kanak atau Kids for Christ (CFC) Kota Marudu dan Youth for Christ (YFC) turut diadakan. Majlis ditutup dengan rasminya sekitar jam 10.00 malam.