Fr Micheal dan Pengerusi Pastoral St Simon Duvanson bergambar bersama para Penerima Komuni Kudus Pertama
Oleh Anthony Sandor, SSD Duvanson
Nov 30 2023
TERAWI – Seramai 44 umat yang sebahagian besar terdiri daripada pelajar Pertemuan Minggu Gembira telah menerima Sakramen Komuni Kudus Pertama dalam Misa Kudus yang dilaksanakan oleh Rektor Paroki Terawi, Fr Micheal Modoit bertempat di Gereja St Simon Duvanson pada 29 Okt 2023 bersempena dengan perayaan Pesta St Simon.
Sehari sebelumnya iaitu pada 28 Okt sempena perayaan pesta penaung, para Belia St Simon menganjurkan malam Mini Concert dan berjaya mempersembahkan bakat-bakat mereka dengan penyampaian beberapa lagu-lagu rohani yang memukau.
Fr Micheal dan Fr Jack bergambar dengan Para Belia serta Pengerusi Pastoral, Stephen Polinon