Oleh Melvidel Shirley
Sep 1 2023
NAMA saya Melvidel Shirley Binti Matius berumur 17tahun.
Saya adalah antara 90 calon Penguatan yang menerima sakramen itu sempena perayaan Hari Paroki Kota Belud pada 12-13 Ogos 2023. Uskup Agung John Wong dan Paderi Paroki Fr Jalius Sading yang telah menyempurnakan upacara penguatan tersebut.
Perasaan saya apabila menerima sakramen penguatan tersebut, saya sangat gembira dan berasa bangga kerana akhirnya giliran saya menerima sakramen ini. Dapatlah saya melayani dengan lebih aktif lagi di chapel saya.
Jiwa saya lebih tenang dan lebih dekat dengan Tuhan. Saya juga lebih yakin dalam membuat sesuatu sebab saya tahu berkat yang saya terima terima iaitu Roh Kudus selalu menyertai dan ada dalam diri saya.
Terima kasih kepada penanggung saya Katekis Lanjuini kerana memberi galakan dan dorongan kepada saya selama belajar dan sampai akhirnya terima sakramen ini. Tuhan memberkati.