KITA sudah tiba di penghujung tahun, dan ini akan menjadi sumbangan terakhir saya kepada Catholic Sabah. Oleh itu, saya ingin mengakhiri dengan sedikit renungan tentang Kristus Raja kita, perayaannya baru saja kita sambut.
Memikirkan tentang Kerajaan Kristus, tahun ini fikiran saya tertumpu kepada England. Mereka merayakan ulang tahun ke-70 Ratu Elisabeth II, dan tidak lama selepas itu kemangkatannya dengan pengebumian yang menunjukkan ketepatan yang menakjubkan seperti keindahan liturgi surgawi.
Selain daripada semua kemegahan, apa yang paling menyentuh saya, ialah bagaimana imannya dipuji di semua platform media. Dia telah memulakan hidupnya sebagai Permaisuri dengan doa ini: “Berdoalah untuk saya … agar Tuhan memberi saya kebijaksanaan dan kekuatan untuk memenuhi janji-janji serius yang akan saya buat, dan supaya saya boleh setia melayani Dia dan kamu sepanjang hidup saya.”
Kehidupan dan keluarganya sama sekali tidak bebas daripada kesalahan dan banyak skandal telah melanda keluarga dan pemerintahannya, namun, pada kemangkatannya, apa yang paling utama telah disimpulkan dalam ulasan ini “sepanjang umurnya yang panjang dia telah mempraktikkan teladan dan pengajaran Kristus dalam kehidupan yang berbakti dengan hati yang bersungguh-sungguh, dan dengan demikian doanya pada permulaan pemerintahannya telah dikabulkan.”
Kitab Samuel memberitahu kita bagaimana Daud memerintah dan diurapi sebagai Raja atas seluruh Israel. Apabila orang dalam sejarah bercakap tentang raja dan pemerintah mereka, mereka menggambarkan mereka sebagai “keturunan tuhan tanpa kesalahan”.
Seseorang akan mengharapkan Alkitab melakukan perkara yang sama. Tetapi tidak. Kitab Suci sentiasa superkritikal terhadap pemimpin Yahudinya dan dosa mereka tidak pernah disembunyikan. Sudah tentu perbuatan mulia dan kemenangan itu disambut dan dinyanyikan, tetapi skandal besar hidup mereka juga tidak dihalang daripada kita. Anak lelaki Daud, Amon, merogol adiknya Tamar; Absalom cuba menggulingkan bapanya; Daud sendiri telah membunuh Uria dalam peperangan, supaya dia boleh mengambil Barsheba yang cantik sebagai isterinya.
Walaupun demikian, Tuhan memilih Daud sebagai keturunan Mesias. Kenapa?
Tuhan mengetahui dosa Daud, tetapi melihat hatinya yang sentiasa tertumpu kepada Tuhan, seperti yang boleh kita baca dalam mazmur “Tuhan adalah Gembalaku, aku tidak akan kekurangan; Dia adalah terang dan penebusanKu; Pertolonganku ialah daripada Tuhan.”
Kehebatan Daud terpancar dalam cara dia bertanggungjawab atas kejahatan dan dosa yang dia lakukan melalui pertobatan yang ditunjukkannya dan hukuman yang dia terima.
Itulah sebabnya Tuhan memilih Daud, dan Yesus, Mesias, tidak malu untuk menjadi keturunannya dan dipanggil anaknya.
Di sinilah letak mesej tersembunyi Kerajaan Daud: orang berdosa yang beriman kepada Yesus dijanjikan “Hari ini kamu akan bersama-sama dengan Aku di Firdaus!”
Selalunya berlaku salah faham yang besar. Kita berfikir bahawa untuk menyenangkan Tuhan, kita mesti “tidak harus berbuat dosa lagi.” Pemikiran ini telah menyebabkan ramai orang mengalami trauma dan juga masalah psikologi.
Kehidupan Kristian bukan tentang “tidak berdosa dan tidak membuat kesilapan”, tetapi tentang menjaga hati kita agar tertumpu pada iman kepada Tuhan. Hanya dengan cara ini kita akan dibebaskan daripada dosa dan kesalahan.
Ingatlah contoh ini: Kamu hanya boleh menghidangkan secawan kopi yang penuh tanpa tumpah jika mata kamu tertumpu kepada tempat yang kamu perlu pergi.
Apabila Yesus disalibkan, terdapat dua penjahat yang disalibkan bersama-sama dengan Dia. Mereka menunjukkan kepada kita pilihan yang kita ada dalam hidup. Adakah kita hidup tanpa pengetahuan dan kesedaran tentang siapa Yesus, dan dengan itu mencabar Dia dengan ketidakpercayaan, sindiran dan ejekan kita “jika Engkau Mesias, selamatkan Dirimu dan kami!”? Atau, adakah kita berpaling dalam iman kepada Dia yang menghapuskan dosa-dosa kita, mengakui sepenuhnya dosa-dosa kita dan menerima hukuman yang patut kita terima, bertanya, “Ingatlah aku apabila Engkau datang ke dalam kerajaanMu?”
Apabila kita benar-benar percaya kepada Yesus sebagai “Raja kita yang merupakan Anak Domba Tuhan yang menghapuskan dosa kita,” kita boleh menikmati kebebasan yang Kristus bawa. Oleh itu, kita tidak perlu berpura-pura tidak berdosa, kerana kita bukan keturunan tuhan yang tidak berdosa melainkan anak-anak Daud.
___________________________________
Fr Guido Gockel MHM
Seorang ahli St Joseph’s Missionary Society of Mill Hill, berpusat di London, Father Guido ditahbis menjadi paderi pada tahun 1969. Sejurus selepas pentahbisannya, dia diutus ke Malaysia (Sarawak) di mana dia melayani sebagai misionaris selama 18 tahun.
Sewaktu bercuti di Sabah, dia diperkenalkan kepada sekumpulan anak muda yang terlibat dengan Pergerakan Karismatik (CCR). Pengalaman ini membantunya menjadi instrumental dalam memperkenalkan CCR di Miri, Sarawak, di mana dia diberi misi di stasi luar.
Setelah tujuh tahun tempoh misionarisnya yang pertama pada awal tahun 70-an, dia kembali ke Malaysia untuk tiga lagi misi dan banyak lawatan jangka pendek. Dia tahu berbahasa ‘Melayu pasar’ dan lain-lain Bahasa negeri Sarawak.
Catholic Sabah berpeluang mendekati Fr Guido, yang sangat bermurah hati memberi masanya untuk menulis selama satu tahun di bawah kolum bertajuk “I’m On My Way”, sejak pelancaran portal online Catholic Sabah pada tahun 2020.
Berbekal sedikit galakan, Fr Guido bersetuju untuk terus menulis, dan Catholic Sabah membuat keputusan untuk memuat naik penulisannya sekali sebulan, dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Fr Guido terbuka untuk sebarang soalan untuk perbincangan dan penjelasan lanjut. Dia boleh dihubungi melalui emel frguidomhm@gmail.com.