Bapa Suci Fransiskus membaptis Ervina dan Prefina Bangalo pada 8 Ogos
By Hidup Katolik
BAPA SUCI Fransiskus membaptis kembar siam yang telah Berjaya dipisahkan di sebuah Hospital milik Vatikan pada bulan Jun lalu. Pembaptisan dilaksanakan pada hari Jumaat, 8 Ogos menurut akhbar cruxnow. Pengumuman pembaptisan ini bukannya diterima langsung dari Vatikan, tetapi dari seorang ahli politik Republik Afrika Tengah, Antoinette Montaigne melalui akaun twitternya di @Banzekaa.
Apabila si kembar cukup stabil untuk melakukan perjalanan, mereka dipindahkan ke ibu kota, Bangui, tempat mereka dirawat di hospital yang dibangun dengan bantuan Hospital Anak Bambino Gesu, milik Vatikan di Roma. Unit yang dibangun di Republik Afrika Tengah itu adalah projek yang dimulai selepas Bapa Suci Fransiskus mengunjungi negara yang dilanda perang itu pada 2015.
Di Bangui, keluarga ini bertemu dengan Direktor RS Bambino Gesu, Mariella Enoc, yang membuat keputusan untuk memindahkan kembar siam perempuan itu ke Roma untuk melihat samada pemisahan itu boleh dilakukan. Pasukan petugas telah dibentuk untuk mengkaji kes tersebut dan memutuskan bahawa itu sepadan dengan risikonya.
Perlu tiga pembedahan dalam masa ratusan jam bekerja tetapi Ervina dan Prefina Bangalo berjaya dipisahkan dengan pembedahan terakhir yang memakan masa selama 18 jam pada 5 Jun, pembedahan melibatkan seramai 30 pakar bedah.