Para peserta kem rohani kanak-kanak
Oleh Lorryriana Peter
Nov 1 2022
KUALA PENYU – Komiti Pelayanan Kanak-kanak Paroki mengadakan ‘Mini Kem Rohani Kanak-kanak Siri 17 2022’ pada 21- 23 Okt lalu bertempat di Paroki St Peter Bundu.
Mini Kem itu mendapat sambutan hangat di mana seramai 126 peserta dan 43 orang AJK, Paderi Paroki sebagai penasihat iaitu Fr Clement Abel dan Fr David Mamat serta Koordinator Mini Kem, Micheal Kimsin.
Objektif kem yang bertemakan “Maria Bonda Kami” adalah untuk mengajar dan mengajak kanak-kanak supaya selalu berdoa dan mengenali secara mendalam tentang kepentingan berdoa melalui Bonda Maria.
Sepanjang mini kem ini, terdapat banyak pengisian atau aktiviti yang dijalankan iaitu pengisian dari Sr Mary Tunsin bertajuk “Maria Bonda Pengasih”.
Pada malamnya diadakan perarakan lilin sepanjang berdoa rosari. Selain itu diadakan pentakthaan lilin di patung Bonda Maria, Doa Novena dan Doa Angelus.