Christine Collette Charlis
Kompilasi Oleh Euseclara Suah
Oct 23 2022
Christine Collette Charlis (19) dari Zon Minintod
Berdasarkan sesi ii: “Be Brave”
Kita perlu berani agar kita dapat mencuba sesuatu yang baru supaya kita mempunyai ilmu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita.
Cabarannya ialah kita hidup di dunia di mana kebanyakan nilai moral telah diketepikan, dosa dipamer dengan terbuka, dan godaan untuk menyesat dari lorong yang lurus dan sempit mengelilingi kita. Kita menghadapi tekanan dan pengaruh penipuan yang sentiasa menghancurkan apa yang sopan dalam duniawi.
Saya takut saya akan tenggelam dalam dunia yang penuh dengan keseronokan dan semakin befoya-foya dalam kehidupan. Oleh itu, kita boleh membantu diri sendiri untuk melakukan apa yang betul jika kita meletakkan diri secara rasional dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mengarahkan pemikiran kita dengan kebaikan. Contohnya, Penampang Youth Day yang dijalankan di Divine Mercy Maang. Aktiviti ini dapat memupuk kerjasama antara zon dengan melayani Tuhan dan mengenalNya lebih dekat agar kita sedar bahawa Tuhan sentiasa ada bersama-sama kita setiap hari.
Imnalovika Novella Jamburi
Imnalovika Novella Jamburi (22) dari Zon Kinarut
Bagaimana anda dipanggil mengikuti PYD 8?
Pada mulanya saya tidak yakin dapat mengikuti program ini sebab sebelum ini saya tidak berada di Sabah, saya berada di Selangor untuk pengajian tinggi. Kedua, sebab saya sakit sehingga terpaksa ditahan di hospital dalam tempoh masa yang lama. Saya tahu PYD-8 ini akan diadakan sebab saya nampak banyak posts mengenai PYD-8.
Dengan itu, saya kuatkan diri saya untuk tunjuk perkembangan dengan Doktor yang merawat saya, supaya saya dapat pulang Sabah dan ikut PYD-8. Selepas sibuk belajar saya betul-betul rindu untuk ikut aktiviti belia. Oleh itu, saya betul-betul mahu menyertai PYD-8 dan syukur puji Tuhan sebab Tuhan tahu kerinduan saya sehingga Dia permudahkan saya untuk mengikuti PYD-8.
Apakah ‘Salib’ atau masalah anda dalam kehidupan anda dan bagaimana anda menghadapi atau menghidupi ‘Salib’ atau masalah itu?
Saya boleh katakan salib atau masalah adalah keadaan kesihatan saya pada masa ini sebab sejak saya didiagnosis ada sakit sejak kebelakangan ini, ada masa ia menjejaskan kehidupan seharian sehingga saya perlu ke hospital dan ditahan di hospital. Tapi saya tahu yang saya masih ada Yesus dan Maria. Oleh itu, kesakitan yang saya rasa ini, saya bawa bersama dan jadikan kekuatan supaya dapat faham dan berkongsi nasihat kepada mereka yang ada sakit seperti saya dan boleh kongsi tips bagaimana mengendalikan cara hidup saya.
Berdasarkan tema PYD 8 ‘Bangkit & Bersaksilah!’ (Kis 26:16)
Menurut pemahaman saya mengenai ‘bangkit’ adalah perbuatan seorang individu untuk jadi berani dan bangun dari ‘comfort zone’, untuk berubah kepada yang lebih baik hari demi hari.
Bagi saya, kenapa saya perlu bangkit adalah sebab saya perlu membuat perubahan dalam hidup saya dan saya perlu bangkit daripada masalah yang saya ada.
Saya mengaku bahawa sampai sekarang saya masih tercari-cari keberadaan Tuhan di dalam hidup saya. Lebih-lebih lagi semasa pandemik Covid-19. Kadang-kala ada masa saya jatuh, yang betul-betul jatuh, tapi satu saja yang selalu menguatkan saya iaitu doa Rosari. Saya sedar setiap kali bila ada saja cabaran dalam hidup saya yang saya tidak boleh terima dan dalam masa yang sama saya betul-betul mahu meluah kepada Tuhan tapi tidak tahu apa perkataan yang mahu diluah (mungkin sebab terlalu bercelaru), saya akan berdoa Rosari sendiri di bilik sebab bagi saya, melalui doa Rosarilah saya dapat kedamaian yang saya betul-betul cari sebenarnya.
‘Bersaksilah’
Bagi saya “Bersaksi” adalah satu perbuatan di mana individu itu berkongsi tentang mukjizat, tentang kerahiman Ilahi dan tentang iman yang dia ada dan percaya yang terjadi di dalam kehidupannya.
Saya bersaksi untuk Yesus kerana saya juga ingin berkongsi sukacita, keajaiban, dan kerahiman yang saya sendiri rasa di dalam kehidupan saya dengan orang lain khasnya untuk orang-orang Katolik. Untuk berkongsi sukacita yang dirasai melalui pengalaman sendiri.
Bagi saya kenapa kita perlu menjadi berani adalah kerana melalui tindakan yang berani itulah akan bermulanya tindakan yang seterusnya untuk melakukan sesuatu.
Berdasarkan sesi ii: “Be Brave”
Cabaran saya menjadi berani adalah dipandang sebagai seorang yang “over” dalam melakukan sesuatu.
Saya rasa tahap keyakinan saya masih rendah. Jadi saya takut apabila saya berhadapan dan bercakap dengan orang ramai. Cabaran saya adalah saya sentiasa rasa gugup dan tidak lancar apabila bercakap dengan orang lain. Apabila saya dalam situasi itu, saya akan berdoa memohon Roh Kudus menenangkan hati saya agar dapat berfikir dan menyampaikan apa yang patut saya sampaikan.
Let it be GREEN
Apa yang saya faham mengenai Let it be Green adalah bertumbuh.
Bagi saya sesuatu itu dapat bertumbuh dengan baik dan membuahkan hasil yang baik apabila dari awal lagi kita “menanam” dengan cara yang betul dan konsisten. Kalau dalam kehidupan seharian, bagi saya ia adalah mengenai perlakuan dan pertuturan yang kita pelajari sejak kecil lagi. Bagaimana kita dididik atau diasuh oleh orang tua kita itu yang akan kita praktikkan dalam kehidupan seharian kita.
Cara saya menghidupi Let it be Green dalam kehidupan seharian saya adalah dengan cara memberi manfaat kepada sesama kerana sebaik-baik manusia bagi saya adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun manfaat itu mungkin dilihat kecil tapi saya percaya bahawa ia dapat memberi perubahan kepada seseorang.
Harapan Belia
Saya harap saya dapat melakukan yang terbaik dalam pelayanan saya terhadap gereja biarpun secara kecil dan membuat kebaikan dan menyebarkan cintakasih antara sesama belia. Bagi saya, melalui pelayanan seperti itulah, saya dapat bersaksi dan memberitakan khabar gembira Yesus.
Sebuah cintakasih yang selalu Yesus amalkan dalam perlakuanNya kerana melalui cintakasih, ia mengekalkan hubungan dalam keluarga dan saya harap saya dapat mengamalkan cintakasih dalam keluarga saya dengan sungguh-sungguh.