Keyakinan yang tinggi ditunjukkan melalui senyuman setiap peserta WFJG, Fr Isidore, para aspiran, pembimbing CSGPKK iaitu Alester dan Grace, CMT dan Alumni CSGPKK
Oleh Tim Dokumentasi CSG PKK
Oct 17 2022
SEPANGGAR – Semasa politeknik masih lagi melakukan kemasukkan pelajar junior dan senior berfasa semua aktiviti Catholic Student Group Politeknik Kota Kinabalu (CSGPKK) dilakukan secara atas talian.
Pada 24 Sept 2022 adalah tarikh dimana kami diberikan peluang untuk membuat program “Welcoming Fruithful Junior Gathering” (WFJG).
Seramai 28 ahli termasuk AJK Program menghadiri aktiviti itu yang diadakan di Gereja Kerahiman Ilahi di Sepanggar. Program ini juga dihadiri oleh Campus Ministry Team (CMT), Fr Isidore, para aspiran, Alumni CSGPKK dan juga penasihat rohani bagi CSGPKK, Alester dan Grace.
WFJG ini bertujuan untuk menyambut dan merayakan pelajar junior Katolik di PKK, seterusnya mengeratkan hubungan dan persaudaraan antara pelajar CSG senior dan junior sebagai satu keluarga dalam gereja Katolik. Justeru, membawa pelajar Katolik di PKK untuk lebih mengenali dan mendekatkan diri kepada Yesus.
“Biarkan anak-anak itu datang kepadaKu, jangan menghalang-halangi mereka, sebab orang-orang yang seperti itulah yang empunya Kerejaan Tuhan” (Markus 10:14). Ayat-ayat yang dipilih sesuai dengan tema program iaitu Berakar dan Berbuah kerana ayat ini memberikan makna kepada pelayan CSGPKK untuk tidak mengira bangsa dan umur.
JIka program WFJG tidak mempunyai sesi pengenalan CSGPKK, program ini tiada bermakna bagi junior-junior yang baru kerana pengetahuan tentang CSGPKK masih lagi kurang. Sesi pengenalan CSGPKK yang telah diberikan oleh Elfinah Siu iaitu pengerusi CSGPKK untuk tahun 2021 hiingga 2022. Bagi sesi tema ini, CMT Dorees telah menberikan pemahaman dan pengalamannya kepada warga CSGPKK untuk melayani Tuhan bersama-sama untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan warga CSGPKK.
Kata-kata yang menyentuh hati yang dapat meneguhkan kami ialah melalui CMT Dorees yang menyatakan dalam tema WFJG “Berakar dan Berbuah” bahawa melayani Tuhan itu harus bertumbuh melalui dari kosong dan perlahan-lahan bertumbuh dan berbuah seperti tumbuhan pokok.
Dalam WFJG kali ini juga mempunyai aktiviti-aktiviti yang lain seperti “Praise and Worship”. Untuk Misa Penutup, Fr Isidore dari Keusukupan Kota Kinabalu merayakannya bersama pelajar CSGPKK.
Istimewa bagi WFJG kali ini kerana adanya keterlibatan junior dalam memberikan pengalaman mereka di dalam WFJG kali ini.
Bagi rujukan lebih lanjut CSGPKK mempunyai platform sosial yang menjadi tempat di mana semua program atau aktiviti CSGPKK dapat dijadikan rujukan masa yang akan datang. Platform social CSGPKK ini berada di Instagram. Pautan Instagram CSGPKK adalah https://instagram.com/csgpkk?igshid=YmMyMTA2M2Y=