Sr. Noemi Mejia, FSIC sedang menyampaikan sesi Knowing You, Knowing Me
Oleh Jessika Denis
Sep 1 2022
SANDAKAN – Kerasulan Belia Paroki atau Parish Youth Apostolate (PYA) telah mengadakan rekoleksi di Bilik Konfrensi, Katedral St Mary Sandakan pada 30 Julai lalu.
Kesatuan (unity), pembentukan (formation) dan berjalan bersama (accompaniment) adalah kata kunci yang diperoleh dalam sesi perbincangan kumpulan.
Terdapat dua sesi dalam rekoleksi ini iaitu Knowing you, Knowing me bagi sesi pertama yang disampaikan oleh Sr Noemi Meija, FSIC, Koordinator Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan.
Sr Noemi berkata setiap ahli Tim PYA perlu mengenali identiti diri sendiri kerana ia adalah cermin kepada siapa diri kita, apa yang kita percaya, apa yang kita lakukan dan apa yang kita hargai.
Mengetahui dan memahami kelebihan dan kelemahan diri serta lebih banyak mendengarkan suara hati merupakan cara untuk mengenal diri sendiri, katanya.
Sesi kedua oleh Fr David A Garaman, Penasihat Rohani PYA adalah Organising ourselves for Parish Youth Apostolate Mission dengan kata kunci evangelisation.
Fr David menerangkan bahawa evangelisation ialah penginjilan tentang Khabar Gembira, kehidupan, kesaksian dan penginjilan tentang Yesus Kristus.
Peranan gereja adalah untuk menginjil secara peribadi ataupun berkumpulan, katanya.
Ahli Tim PYA didedahkan kepada dokumen Evangelii Gaudium atau The Joy of the Gospel yang ditulis oleh Bapa Suci Fransiskus.
Fr David mengemukakan beberapa soalan kepada ahli Tim PYA untuk dibincangkan di dalam kumpulan. Antaranya adalah:
- What do you understand about evangelization?
- in general
- to specific ministry such as youth
- What do we do well already?
- as individual
- as member in PYA
- What evangelizing initiatives (to the youth) would we like to make a priority and why?
Sesi perbincangan dalam kumpulan
Melalui pembentukan iman secara peribadi dan antara sesama meneguhkan lagi kesatuan dengan berteraskan Ekaristi.
Hubungan peribadi dengan Yesus akan memberikan pengalaman untuk bersaksi agar dapat digunakan untuk menjangkau belia untuk berjalan bersama.
Sepanjang rekoleksi ini, Time of Life, sesi makan minum dan games juga turut dijalankan. Akhir sekali, diharapkan rekoleksi ini mampu memberikan pengetahuan serta meneguhkan lagi pembentukan dalam Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan. – Diocese of Sandakan