Seminarian Jerry Muhamat memberikan taklimat kepada ahli komuniti BM sebelum Proses Sinodal bermula
Oleh Johnny Chong / CS (Gambar oleh Johnny Chong)
March 21 2022
KOTA KINABALU – Komuniti BM di Paroki Katedral Hati Kudus mengadakan proses Sinodal mereka pada 19 Mac pada jam 9.00 am – 12.00 pm di Pusat Paroki.
Seramai 90 ahli komuniti hadir di dalam proses konsultasi Sinodal ini. Paderi Paroki Fr Paul Lo hadir memberikan sepatah dua kata sebelum sinodal bermula. Pengtakhtaan Alkitab dilakukan oleh Seminarian Jerry Muhamat diikuti dengan renungan singkat.
Sem Jerry juga memberikan taklimat kepada ahli komuniti tentang erti Gereja Sinodal. Kemudian konsultasi fizikal bermula di dalam kumpulan kecil.
Perkongsian konsultasi sinodal ini akan dikompilasi dengan perkongsian daripada kumpulan dan ministri lain di dalam paroki untuk diserahkan kepada Keuskupan Agung.