By Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan
July 15 2020
SANDAKAN – Situasi pandemik COVID-19 yang dihadapi terutama sekali di Malaysia yang kini berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), telah membuat ramai orang melakukan perkara-perkara lebih jauh ke hadapan dan kreatif. Ini termasuk menggunakan segala sumber serta kemudahan yang sedia ada dengan bijaksana dan sepenuhnya serta bertindak mengikut keadaan semasa.
Begitu juga halnya dengan Kerasulan Belia Keuskupan (Diocesan Youth Apostolate) Sandakan, yang terus mengorak langkah pelayanannya dengan program alam maya yang diadakan buat kali kedua iaitu Adorasi dan “Benediction” pada 1 Julai yang lalu. Program ini diiringi dengan lagu-lagu Taize dengan intensi khas iaitu “Penyembuhan dan Harapan bagi COVID-19”. Meskipun ada masalah teknikal yang berlaku pada awal siaran, namun itu tidak menghalang umat yang mengikutinya untuk terus setia dalam doa ini sehingga akhir.
Semoga program seumpama ini, melalui inisiatif DYA, dapat membawa semua sahabat seiman bersama ahli keluarga masing-masing, di mana sahaja mereka berada untuk bersama-sama dalam kesempatan ini, meluangkan masa bersama Yesus selama satu jam. Semoga kesatuan umat dalam doa dapat membawa kemenangan dalam mengakhiri pandemik COVID-19.