Oleh Catholic Sabah
Jan 18 2022
KURSUS Evangelisasi Peribadi kini diadakan lagi buat kali kedua (KEP-2) dan penyertaan dibuka untuk semua umat Katolik tidak kira di mana anda berada.
KEP adalah kesempatan dan peluang terbaik bagi umat Katolik untuk mengenal dan menyedari tugas utamanya sebagai pengikut Kristus, iaitu mewartakan Khabar Baik dan menerapkannya dalam kehidupan sehari-hari.
Ini adalah satu siri kursus panjang yang akan diadakan secara online bermula Februari sehingga Jun 2022 anjuran Komisi Kateketikal Keuskupan Agung Kota Kinabalu.
Kelas online akan diadakan pada setiap hari Isnin dan Rabu pada jam 8.00-10.00 pm melalui aplikasi Zoom.
Kursus akan berjalan dengan kerjasama tenaga pengajar dari Keuskupan Melaka Johor dan Keuskupan Bogor, Indonesia.
Umat yang berminat untuk menyertai kursus ini dijemput untuk melengkapkan borang penyertaan di dalam link https://tinyurl.com/Daftar-KEP-2 sebelum atau pada 25 Januari 2022 (Selasa) dengan yuran penyertaan sebanyak RM100.
KEP-1 telah dilancarkan pada 9 Julai 2021 oleh Uskup Agung John Wong dalam Misa Kudus online di Paroki St Paul Dontozidon.
Justeru itu kelas online pertama bagi KEP-1 telah diadakan pada 10 Julai sehingga bulan Oktober 2021 yang lalu.
Semua umat Katolik dijemput untuk menyertai.