By Herald Malaysia
June 21 2021
KUALA LUMPUR – Persidangan Uskup Katolik Malaysia (CBCM), bersama organisasi agama dan NGO lain, telah memberikan persetujuan dan memberi sokongan terhadap Dana Solidariti Malaysia Covid-19 yang dimulakan oleh Yayasan Tzu Chi Malaysia.
Ia merupakan dana kecemasan sebagai tindakan balas kepada permintaan mendesak dari hospital awam dan profesional penjagaan kesihatan bagi menjamin bekalan peralatan perubatan dan pelbagai keperluan kesihatan untuk mengatasi jumlah pesakit Covid-19 yang kritikal.
CBCM telah menjanjikan RM 1 juta untuk dana tersebut dan para uskup/agung CBCM menyeru kepada semua umat beriman agar memberikan sokongan dan menderma bagi tujuan yang mulia ini.
Semua derma boleh disalurkan ke akaun bank Tzu Chi Foundation Malaysia seperti yang dinyatakan di bawah.
Untuk resit pengecualian cukai, sila berikan nama penuh, nombor pengenalan dan alamat. Matlamat dana ialah 100% dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan. Perincian peralatan yang disumbangkan akan diterbitkan dan dikemas kini di laman web Tzu Chi (www.tzuchi.my/en/).
Bank: Malayan Banking Berhad
Name: Tabung Kebajikan Dan
Pendidikan Yayasan Taiwan Buddhist
Tzu Chi Malaysia
(TBG KBJ & PDDKN YSN)
No Akaun: 5124 9112 5866 Atau
FPX & Kad Kredit: https:// onlinedonation.tzuchi.my/
atau layari: https://www.tzuchi.my/en/