Misa Kudus di Dataran Keuskupan Keningau pada Jun 21 | KOMSOS Keningau
By Linda Edward
June 22 2020
KENINGAU – Gereja di bawah Keuskupan Keningau telah dibuka untuk Misa Kudus bermula 20 Jun dengan SOP (Standard Operating Procedure) yang diformulasi sejajar dengan garis panduan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikeluarkan pada 15 Jun.
Katedral St Francis Xavier (KSFX) menerima seramai 100 umat dalam satu-satu Misa Kudus manakala gereja lain termasuk outstasi hanya diperboleh menerima 40 orang dalam setiap Misa atau Ibadat Sabda.
Bagi umat yang tidak dibenarkan menghadiri Misa Kudus di gereja iaitu mereka yang sakit, demam, batuk serta berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak 12 tahun ke bawah, Keuskupan Keningau masih memberi pelayanan Misa Kudus online dibawa secara langsung dari Rumah Retret Tatal pada jam 6.00 petang Misa Senja dan 8.00 pagi Misa Ahad.
Majlis Pastoral Paroki Keningau menyeru umat agar mematuhi SOP yang telah tersedia demi kebaikan bersama.
SOP Katedral:
- Misa akan diadakan di dataran mengikut masa yang telah ditetapkan.
- Gate utama akan ditutup selepas jumlah umat yang memasuki kawasan parking gereja penuh.
- Gate dataran akan dibuka hanya untuk 100 orang umat bagi satu-satu masa Misa diadakan.
- Bagi umat yang mahu mengikuti bagi Misa seterusnya akan diminta untuk menunggu di dalam kereta sahaja dan tetap berada dalam kawasan parking (tidak berkeliaran).
- Setiap umat yang masuk ke kawasan dataran wajib mendaftar bagi rekod suhu, nama dan nombor telefon.
- Kawasan di mana Misa Kudus diadakan akan disanistasi terlebih dahulu sebelum Misa seterusnya dijalankan.
- Umat dilarang memasuki kawasan larangan dalam dataran. Selesai misa, umat diminta untuk terus balik bagi melancarkan aktiviti sanitasi kawasan dataran.
Perkara yang perlu diambil perhatian:
- Kita kena akur apabila gate ditutup kerana telah mencapai kuota yang dibenarkan.
- Untuk itu, bagi umat di KKD-KKD sekitar KSFX, digalakkan untuk hanya mengikuti Misa Online. Misa Kudus KKD akan diatur untuk dijalankan di KKD anda. Pengerusi KKD sekitar KSFX diminta untuk berhubung dengan Urusetia/SU MPP sekiranya KKD sudah memenuhi SOP dan bersedia untuk menjalankan Misa.
- Demikian juga bagi warga berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak serta mereka yang tidak sihat, Misa Kudus dan pemberian Sakramen akan diatur untuk anda. Maklumkan kepada Pengerusi KKD anda.
- Umat di KUK dalam setiap Zon, digalakkan untuk menyertai Misa/Ibadat di tempat masing-masing dan tidak hadir ke Katedral. Jadual Misa / Ibadat boleh didapati melalui E-Risalah yang dikeluarkan pada setiap hari Jumaat.
- Borang permohonan Intensi Misa boleh diperolehi di pejabat Paroki pada masa-masa pejabat dan dikembalikan selewat-lewatnya pada hari Sabtu untuk dibawakan dalam Misa Kudus. Tiada borang disediakan sebelum Misa Kudus. Permohonan Intensi untuk Misa online boleh dipohon melalui Messenger di Page FB Keuskupan.