Para katekumen bersama Fr Paul Lo dan Seminarian Jerry J Muhamat selepas sesi Rekoleksi (gambar atas). Seminarian Jerry (gambar kanan bawah) sedang membaca Injil, Fr Paul Lo (gambar kiri) menyaksikan upacara menandatangi Buku Calon Pilihan
Oleh Nelson Fernandez
Mar 11 2022
KOTA KINABALU – Seramai 24 calon katekumen dari Paroki St Paul Dontozidon telah menghadiri rekoleksi pada 5 Mac yang lalu di Katedral Hati Kudus untuk mempersiapkan diri bagi Upacara Pemilihan dan Pembaptisan pada malam Paska akan datang.
Rekoleksi yang disampaikan oleh Seminarian Jerry Muhamat banyak memberi pengetahun tentang perjalanan mereka sepanjang kelas Inisiasi Kristian Dewasa.
Semua katekumen diberi “renungan” tentang apa yang mereka pelajari selama ini, adakah mereka mempercayai Tuhan Yesus, adakah iman mereka sudah bersedia, asakah mereka faham tentang sakramen yang mereka akan terima dan apakah erti umat Katolik membuat tanda salib.
Semua ini diterangkan secara mendalam dan terperinci oleh Sem Jerry. Sepanjang rekoleksi ini, para katekumen memberi respon yang menggalakkan dan memahami apa yang mereka pelajari dan bersedia untuk mengikuti Yesus kristus.
Sebelum rekoleksi berakhir, upacara menandatangani Buku Calon Pilihan diadakan dan disaksikan oleh Rektor Paroki Fr Paul Lo dan turut serta bersama calon adalah para penanggung dan pembimbing.
Para Katekumen bersama Rektor Paroki Fr Paul Lo dan Fr Russell selepas Upacara Pemilihan Nama (gambar atas). Para Pembimbing, Penanggung dan Katekumen bergambar bersama selepas upacara Pemilihan di Grotto Katedral Hati Kudus (gambar bawah).
Seramai 20 katekumen dari Paroki St Paul Dontozidon hadir dalam upacara Pemilihan di Gereja Katedral Hati Kudus pada hari berikutnya, 6 Mac pada jam 3.00 petang, yang dilaksanakan oleh Uskup Agung John Wong. Seramai 14 penanggung / pembimbing turut hadir.
Turut hadir adalah rektor paroki Fr Paul Lo, pembantu rektor Fr Russell Lawrine dan Fr Joshua Liew serta Sem Jerry Muhamat.
Uskup Agung mengingatkan para katekumen agar bersedia dari segi mental dan fizikal bagi mengharungi perjalanan mereka selepas upacara ini. Ini kerana sepanjang minggu Prapaska ini, terdapat banyak cabaran dan dugaan dan haruslah mereka kuat dan teguh dalam iman. Selepas mereka dibaptis nanti, mereka akan menjadi tentera Yesus yang keluar menyampaikan khabar gembira kata Uskup Agung.