Oleh Evelyn Justine
SERAMAI 13 peserta dari Sabah bersama lima pengiring telah menyertai Kem Lelaki Sejati Modul 3 (PATRIOT) Angkatan ke-26 pada 21-24 Nov 2024 di Jawa Barat, Bandung, Indonesia.
Program itu bertujuan untuk membawa setiap keluarga yang dipercayakan Tuhan untuk mencapai tahap maksimum dengan “Menjadi serupa dengan Kristus” (Rom 8:29) dan setia kepada Gereja Katolik melalui penerapan pertobatan seorang lelaki sejati yang bergelar suami.
Peserta berkongsi bahawa kem itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan mereka dan menyeru agar lebih ramai lelaki Katolik menyertai PATRIOT dengan berperan sebagai suami serta pemimpin keluarga.