Para peserta kursus pra perkahwinan
Oleh Eva Hartini
Nov 29 2022
KOTA BELUD – Seramai 11 pasangan mengikuti kursus pra perkahwinan anjuran Komiti Kerasulan Keluarga Katolik St Edmund.
Kursus yang berlangsung di St Stephen Paroki St Edmund itu diadakan pada 21 – 23 Okt 2022. Selama tiga hari kursus itu berjalan, para peserta disajikan dengan Sembilan tajuk-tajuk ceramah yang juga diselitkan dengan aktiviti lain seperti makan, minum, bergambar, tayangan Movie dan berdoa. Selain itu para peserta diwajibkan mengikuti Misa Kudus jam 8.00 pagi pada 23 Okt di mana mereka juga menyediakan bahan persembahan secara kolektif.
Antara tajuk-tajuk ceramah dalam kursus itu adalah ‘Sakramen Perkahwinan,’ ‘Undang-undang perkahwinan dalam konteks Gereja Katolik dan Kerajaan Malaysia’ disampaikan oleh Wilfred Sikin.
Ceramah bertajuk ‘Ekonomi dalam keluarga menurut Alkitab’ telah disampaikan oleh Yamil Suni dan Muni Gumbiled.
Sesi lain iaitu ‘Berkomunikasi dalam perkahwinan’, ‘Tanggungjawab Ibubapa Kristian dalam keluarga’, ‘Theologi Tubuh & Kerohanian kehidupan keluarga Kristian’, ‘Keadah perancangan keluarga semulajadi’ dan ‘Kasih sayang dan seks’ masing-masing disampaikan oleh Teresa Binisol, Jane Janiati, Johan Gidin, A Rey Aju dan Gunik Gunsalam.
Dalam kesemua ceramah yang disampaikan terdapat juga taklimat mengenai penyakit Thalassemia yang disampaikan oleh Juditah Shammi.